Posts

KATARSIS

Image
Fuhh... siap! Setelah berhari-hari bertapa di sudut kecil dalam bilik, ku ulang-ulang membaca dan menyebut, menelek aksara kata yang sesuai, menukang semula ungkapan melewah, akhirnya aku mencapai katarsis.     Terujanya berkarya kreatif sehingga sanggup kucabar diri memilih dua tema. Tamakkah aku?  Sebenarnya, semasa tema kedua dibuka, aku sudah pun selesai tema pertama.       Tema legasi nenda ini terperam terus apabila idea tema kerjaya mengisi ruang.  Kuterus melakar kisah tanpa sedar idea sudah melimpah ruah.   Seronoknya   menyusun perenggan demi perenggan,  'show don't tell'  seperti kata Puan Sri Diah Shaharuddin     antara  ciri penulisan kreatif.       Tema ini kutulis sepenuh perasaan kerana itulah waktunya aku sangat terkesan.    Terlalu banyak hendak aku ceritakan sehingga terlupa pesanan, jangan terlebih patah perkataan.      "Ah, tak mengapa, nak bu...

TRAGEDI KAIN BATIK SARUNG

Image
"Mak..!  Adik nangis...!"  Kujerit dalam samar-samar pagi kepada emak yang berada tidak jauh dari kami.   Emak menyahut sambil tangan kanannya menarik getah kering dalam pot yang melekat di pokok. Dia ingin menyelesaikan dua batang pokok getah lagi dalam baris pertama itu. "Tunggu jap, mak datang ye..."   Terdengar sayup-sayup suara emak memberikan aku harapan.   Aku bahagia bersama adikku mengikut emak dan abah bekerja.  Seumur tiga tahun itu, emak amanahkan aku menjaga adik kerana tiada penjaga untuk ditinggalkan.  Emak letakkan aku dan adik dalam sebuah dangau kecil di kebun getah itu.   Di bawah tepi berhampiran dangau, abah nyalakan unggun api kecil supaya berasap bagi menghalau nyamuk dan menghilangkan unggas-ungas kecil yang suka menghurungi kami.  Dibekalkan juga aku dan adik dua helai kain batik sarung untuk selimut tatkala kesejukan.  Jagung dan roti menjadi jajanku ketika terasa lapar. Dalam sibukku memujuk...

BANGKIT DAN MULAKAN

Hari ini aku ingin mulakan... "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang" Aku ingin bangkit dengan...  Memetik jari jemariku yang sudah mula keras dan kaku setelah cukup setahun kutinggalkan dunia profesional. Memang niatku sebelum ini ingin mengasah semula pena penulisan yang sudah sangat tumpul ini seawal persaraan dahulu, tetapi dek kekangan aktiviti dan masalah 'ingin berehat dahulu' menjadikan aku sangat-sangat malas untuk membuka laptop. Lebih-lebih lagi apabila laptop yang telah berusia hampir 6 tahun itu sudah terlalu banyak ragamnya. Hendak membukanya pun hampir setengah jam membelai dan memujuk, terpaksa menunggu dengan sabar, menyebabkan aku tidak kuasa melayannya tambahan pula dengan sikap malas yang sudah mula menapak...  Dahulu, aku sememangnya minat menulis sementelah mengajarpun subjek Bahasa Melayu. Anak-anak murid sering kugilapkan penulisan karangan yang mereka hantarkan. Kubetulkan tatabahasa, batang ayatnya dan tanda-tanda bacanya membuat...

Healthy Life: :: KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ...

Healthy Life: :: KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ... : Konsep Baru Mekah Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah ...

JEJAK MURABBI

Image
Murabbi...! Kami menyelurusi jejak Murabbi ketulusan hati guru yang murshid bermula dari akar pintar di tapak semaian kewajipan mengumpul hikmah di menara ilmu menyerap risalah insaniah menggarap cita kudus suburlah pohon bakti  di kebun perguruan. Murabbi...! Kau hebat kerana ilmu kau berjaya kerana kesabaran kau cemerlang kerana ketekunan kau matang kerana kasih sayang kepuasanmu kerana kesungguhan kami sebenarnya kau punya watak dan acuan tersendiri tidak pernah minta disanjung di sisi tasik maruah mengalir ke sungai sejarah di tengah-tengah  terbinalah jambatan insaniah. Murabbi...! Bersendikan keikhlasan kemurnian aqal budi lahirlah kami semua anak-anak generasi  meneroka hidup bersadurkan taqwa satu kelebihan sebutir mutiara tetap bersinar meskipun di mana tercampak terhumban ke laut menjadi pulau tersadai di darat menjadi gunung kami pusakai pemberianmu, Murabbi. Murabbi...! apakah lagi yang murid cari? selain kesantunan yang...

Abu Anas Madani: Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk

Abu Anas Madani: Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk : Ramai yang heboh mengenai isu isyarat atau tunjuk dengan ibu jari atau Jari Telunjuk, cerita ini telah disebarkan dalam laman sosial (FB...

Nasihat Kubur

Lepas baca silakan share.. 1.  Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 2.  Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. 3.  Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN. 4.  Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 5.  Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 6.   Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 7.  Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" Kirim mesej ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada satu orang...  karena,  saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja... tapi  ...

TERIMA KASIH, YA ALLAH!

Image
Terima kasih Ya   Allah, untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih ya     Allah, kerana dengan izinMu  aku masih  lagi menghirup udara yang segar ini.  Terima kasih  untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan,Ya Allah. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan... Terima kasih untuk iman dan ilmu yang Engkau anugerahkan ini. Terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan padaku, Ya Allah. AlhamdulilLah, cukupku syukuri Ya Allah! Terima kasih  atas segala-galanya. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Engkau tetap memberi walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu padaku...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbua...

SENTIASALAH ARLERT...!

Image
PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BNYAK YNG BOLEH.... http://www.facebook.com/SerambiPolitik Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani. Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store. Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini! Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal. Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah. Jangan abaikan...sila share Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah saw info #AMBANG13 [ANAK MUDA BANGKIT]  — 

Semoga Kami Sampai Lagi...!

Image
Syukur, Alhamdulillah kerna Allah beriku dan suami peluang kedua ini...!  Tak sangka pula baru lapan tahun dah dapat tawaran ini. Begitu ramai orang lain yang memohon, menanti dan mengharap, namaku dan suami pulak terpilih.  Terima kasih ya Allah!!!  Ramai orang terkejut dan hairan termasuk Emak dan Abah juga adik-adik terutama adikku yang kedua, Mazlan!  Hampir tiga tahun dia memohon, menunggu dan merayu untuk pergi tapi masih lagi belum dapat!  Dia cadangkan nama kami ini diberikan kepadanya supaya dia dan isteri boleh menunaikan rukun Islam yang kelima ini.  Kami bersetuju, tapi... apabila dirujuk kepada pihak Tabung Haji, sememangnya tidak ada dan boleh dibuat penggantian nama!  Maka terpaksalah dia bersabar...  Mudah-mudahan ada rezkinya nanti!   Allah Maha Mengetahui!  Allah Maha Berkuasa!  Allah Maha Merancang!  Setiap perancanganNya  pasti ada hikmah di sebaliknya...!  Semoga Allah memberi kekuat...

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Image
Alhamdulillah..., syukur kepada Allah kerana masih beriku ruang dan peluang! Hampir separuh abad Allah beriku bernafas, menghirup udara nyaman di mayapada penuh berliku...! Penuh ujian, penuh pancaroba tapi penuh kasih sayang...! KASIH SAYANG Allah RabbulJalil...! Banyak salah, banyak silap, banyak lalai, banyak alpa dan terlalu banyak yang lupa...!!! Lupa pada diri, lupa pada tanggungjawab, lupa pada rahmat dan nikmat, tapi KASIH SAYANG Allah tetap mengiringi...! Pasrahku..., rinduku..., insafku..., tenggelam dalam KASIH SAYANG Allah yang melimpah ruah ...!!! Tuhanku...!!! Engkau amat PENGASIH, Engkau amat PENYAYANG! Meskipun banyak dosa hambaMu ini..., Kau masih lagi memandangku..., Kau masih beriku masa..., Kau masih redhakan rezkiMu..., Kau masih benarkan kupinjam peralatanMu...! Kau masih beriku kesihatan disaat ini..., Kau masih beriku bahagia bersama keluarga...! Kau curahkan segala nikmat untukku gapai..., Kau hamparkan kehidupan ini untukku lewati, sudah hampir separuh abad ya...

Titipan Rindu Meruntun Hati

Image
Tersentuhnya hati..., teramat sangat..., apabila baru terjumpa dan membaca satu catatan seorang anak atas dinding facebook ayahnya yang sudah lama meninggal kembali ke alam barzakh. Majdi Nadwan anak sulung kepada sahabatku Shaharani Shaharom. Betapa sayu membaca ayat-ayat yang ditulis...!!! Walaupun ayahnya sudah tiada lagi di dunia ini, tapi tarikh lahirnya tetap diingati...! Betapa luruhnya hati apabila mengenangkan hadiah yang diberi...! Betapa inilah gambaran kerinduan seorang anak terhadap ayahnya...! Betapa tabahnya hati anak ini menanggung kerinduan itu...! Betapa bahagianya ibu bapa sianak ini...! Semoga arwah ayahnya ditempatkan dalam golongan para solehin..., ameen..... " Selamat hari lahir, abah! =) ( Jazmi Zuhri ) Semoga abah bahagia di sana. Dan abang tahu abah memang lebih bahagia di sana. Abang sayang abah. Abang hanya mampu memberi hadiah quran yang abang baca. Walaupun abang bukanlah anak yang soleh, semoga abah terima hadiah abang di sana ya. Semoga hadi...

Lihatlah Wajah Orang Yang Kita Sayang dalam Tidur.....

Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur.... melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... .. Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendi...

Terima Kasih Mak...!!! Saya Saayaaaang Mak...!!!

Terkejutnya melihat begitu banyak ucapan tahniah di dinding facebook...! Berbunganya hati membaca doa ikhlas dari kenalan baru dan lama, kawan-kawan sekolah juga kawan-kawan belajar, saudara mara jauh dan dekat serta anak-anak termasuk murid-muridku yang berada di seluruh pelusuk dunia. Terima kasih...!!! Ya betul, tanggal 27 Disember 2010 ialah tarikh lahirku. Ucapan dan doa amatku hargai. Semoga ucapan dan doa itu membawa kebaikan untukku di hari-hari mendatang...! Terima kasih sekali untuk semua yang mendoakanya. Tiada apa yang paling istimewa bagiku pada hari ini cuma bersyukur atas anugerah kesihatan, kebahgiaan dan keceriaan hidup yang Allah berikan. Syukur atas ehsanNya yang masih membenarkanku bernafas dan menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta. Syukur kepadaNya kerana memberikan lagi masa untuk aku membasuh dosa-dosa yang lalu. Semoga Allah tetapkan iman dan tambahkan taqwa pada diri yang lemah ini. Semoga aku tidak leka dan lalai dengan fitnah-fitnah dunia....! Ba...

Hijrah, Titik Mula Meraih Kecemerlangan

Hakikatnya, awal Muharram adalah satu tarikh yang sangat bermakna bagi mukmin. Tarikh ini membawa kita kembali menyingkap satu peristiwa agung yang terjadi sekitar 1400 masihi yang lalu. Peristiwa yang ini bukan saja memberikan kenangan termanis dalam hidup mukmin tetapi kenangan termanis juga kepada manusia dan seluruh alamnya. Kenapakah peristiwa tersebut dikatakan kenangan termanis buat umat manusia dan alam seluruhnya? Ini kerana, apabila berlakunya peristiwa bersejarah ini dunia yang dahulunya kontang dan tandus dari nilai-nilai kebaikan dan kebajikan mula merasai bibit-bibit kerahmatan, kasih sayang serta keadilan yang dinanti-nantikan buat sekian lamanya. Dunia menanti-nantikan peristiwa tersebut. Peristiwa yang akan memberikan impak besar kepada dunia dan sejarah kemanusiaan yang mana melalui peristiwa tersebut rahmat dan keberkatan Allah tersebar ke seluruh alam. Peristiwa yang dimaksudkan adalah peristiwa Hijrah Nabawiyah. Hijrah di dalam Islam adalah suatu peristiwa yang a...

Kembalilah Kepada Tuhanmu, Jangan Putus Asa

Image
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah Terangilahku dengan nur imanMu Hanya Engkau tempat aku berserah Mohon maghfirah di dalam syahdu Wahai Tuhan yg Maha Pengasih Ampunilah segala dosaku Laksana buih di laut memutih Hanyut ditelan gelombang nafsu Hari-hari yg telah aku lalui Ingin ku tinggalkan terus bersemadi Ingin aku kembali kepada fitrah insani Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi Bebaskanlah diriku dari dibelenggu Dosa noda nafsu durjana Terimalah taubatku ya Allah Bimbinglah daku ke jalan ridhaMu Moga sinarMu terangi hidupku di dalam kegelapan Aku kan kembali pada Mu Robbi Mengadap Mu ya Robbul-izzati Segala ketentuan kupasrahkan di hujung penghayatan

Ummul Mukminin Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid

SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar. Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab. Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad. Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami k...

Rahsia Solat Dalam Sains

Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your t...

Mujahidah Islam... Iman Semerbak Kasturi

Susuri sejarah keagungan serikandi-serikandi Islam... Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi. Bonda kepada Habil dan Qabil, serta Nabi Allah Shith a.s. ini berkorban segalanya demi perjuangan suaminya Adam a.s. Sayyidah Hawwa’ menyaksikan kisah sedih pengorbanan anaknya sendiri Habil yang mati dibunuh oleh saudara sendiri. Naluri keibuannya tidak dapat mengatasi keteguhan imannya kepada Allah swt walau pun anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri. Warisan keimanan ini diturunkan pula kepada wanita tukang sisir rambut anak Fir’aun, Mashitah. Seluruh keluarganya terkorban syahid di hadapan mata sendiri dan bayi di dalam dakapannya dikurniakan Allah keistimewaan bertutur. Ketenangan hati Mashitah melihat bayinya dicampakkan ke dalam kawah berisi minyak panas tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibu pun. Harum jenazahnya lantaran tempias imannya yang ke...