Posts

Showing posts from April, 2009

Betapa Besarnya AnugerahMu!

Image
Oh, Tuhan...! Berderai mutiara jernih keluar tanpa dipaksa! Mengapa aku begini? Mengapa mudahnya keluar air mata, sedangkan aku seorang yang tegar dan keras hati. Keras jiwa dan raga! Tapi, jiwa yang keras ini terluntur juga dek sebuah buku! Buku yang sudah pasti meruntun jiwa sesiapa sahaja yang membaca dan memahami dengan ikhlas! Lebih-lebih lagi, jika ada pula memori kehidupan yang hampir sama, benar-benar akan menjadikan hati sedih. Terasa sebak dan pilu apabila menyelusuri "Catatan Hati Nik Nur Madihah"! Aduhai......, hebatnya penulis Ummu Hani Abu Hassan ni! Garapan kisah yang disusunnya amat menyentuh jiwa! Dilingkari pula dengan realiti kehidupan Nik Nur Madihah yang serba berkurangan tapi dibaluti dengan jiwa syukur dan redha! Kagumnya aku pada ketulusan hati Nik Nur Madihah ini. Terbayang..., bagaimana sejuknya hati seorang ibu dan seorang bapa mempunyai anak seperti dia! Pertama kali membuka lembaran prakata penulisnya hatiku luluh dengan ayat "Gadis ini, dala
UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA Assalamualaikum, Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. No. Nama ubat/Kegunaan/ Vendor diMalaysia 1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste 2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma 3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm 4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut.. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin. Wallahu'alam P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian.. Masfiza bt. Abdul Hamid Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat(POTM) Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesih

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Seusai majlis di KISAS, Ummi dan keluarga bergerak ke Pandan Indah, Cheras. Cadangnya nak ambil Kak Yong shoping di Maidin terus ke pesta buku. Tapi, rupanya Kak Yong sedang exam, tak mahulah dia ikut! Selesai mengambil barang-barang Kak Yong, pergi ke fakulti, beli makanannya, kami terus ke PWTC! Susah jugak nak dapat parking tapi akhirnya dapat juga dengan bayaran RM5. Amboi mak, geramnya Ummi melihat pelbagai jenis buku! Ummi amat suka membaca buku! Kadang-kadang tertanya juga, mengapa ramai yang tidak suka membaca? Rasa-rasa macam nak beli semuanya! Tapi apakan daya, duit tak banyak! Belek punya belek, akhirnya Ummi berjumpa dengan buku yang sememangnya Ummi berhajat untuk membelinya! Buku yang baru dilancarkan pada minggu lepas, "Catatan Hati Nik Nur Madihah". Pelajar SPM terbaik Malaysia 2008! Ummi teruja untuk mendapatkan buku itu adalah kerana Ummi ingin mengetahui bagaimana kesusahan seorang itu tidak menghalang untuk dia berjaya dengan cemerlang! Akan Ummi guna

TAHNIAH DAN SYABAS, AMMAR!

Image
Tahniah! Ummi baru balik dari KL menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan KISAS 2008 yang diadakan siang tadi (23 April 2009). Hebat dan kagum Ummi dengan anak-anak KISAS yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Hanya seorang 3A, dua orang 4A, 8 orang 5A, 35 orang 6A, 32 orang 7A, 33 orang 8A, 34 orang 9A, 49 orang 10A, 55 orang 11A, 3o orang 11A1 dan 2 orang 12A1 dalam SPM 2008. Dan hanya 10A ke atas sahaja diberi anugerah cemerlang! Majlis telah disempurnakan oleh adinda kepada Sultan Selangor, Y.A.M Datin Paduka Tengku Puteri Hajah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al Haj. Yang menariknya, pertama kali anak-anak KISAS naik ke pentas bergaya dengan jubah seperti hendak menerima segulung ijazah di universiti! Amboi..., hamsem dan machonya Ammar! Tahniah dan syabas, anakku!

" KARANGAN UPSR 2008 THE BEST EVER "

Image
SEKADAR BERHIBUR DAN BERSANTAI..., SATU KISAH DALAM E-MEL DARIPADA SEORANG KAWAN...! Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!â€. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu p

GILER....., KETAGIH..!

Ngapa ni? Rasa tak sabor nak bukak laptop! Nak serve internet! Jadi teruja sentiasa! Nak tau sangat, apalah kisah ari ni! TKO jadi laman popular! Lebih-lebih lagi masa 3 Pilihanraya Kecil (29 Mac - 7 April) baru-baru ni terutamanya di Bukit Gantang! Macamanapun, kat tv Ummi berebut juga dengan Muaz nak tengok berita! Kadang-kadang Muaz marah sebab ganggu dia tengok tv! Apa ni...! Hi.., tv nak tengok, internet pun tak sabor-sabor nak serve! Ini dah kes ketagih..! Betul-betul giler! Ketagih internet! Tapi rasa-rasanya bukan Ummi sorang. Ummi tau, ada ramai manusia yang begini termasuk Cikgu Jamai'ah, Mek Na, Cik dan mereka yang senyap-senyap melayan hobi giler nih! Apa le cerita terbaru ari ni! Inilah persoalan yang sentiasa bergolak di hati. Mengapakah Ummi begini? Muaz pun heran, apa yang Ummi cari kat internet tu? Bukan apa, sebenarnya Ummi nakkan maklumat yang sahih, nak tahu cerita sebenar. Ummi layari blog-blog yang jujur dan ikhlas membuat laporan! Ummi dahagakan kebenaran!

MENGAPA MESTI RAGU-RAGU...?

Petang tu, lepas tanya Ammar macamana program hari ini, hati Ummi berdetap! Tersentak betul ! Mana tidaknya, jawapan Ammar amat memeranjatkan! "Ummi, jangan lagilah berharap anak-anak Ummi yang lain untuk jadi doktor! Bukan senang jadi doktor. Ammar rasa, Ammar tak ndak pergilah esok!" Alaamak, kenapa ni? Apa dah jadi...? Mengapa sampai begitu sekali fikiran si Ammar ni? Ummi diam. Dalam hati Ummi berfikir, adakah aku terlalu memaksa? Adakah pilihan kerjaya ini telah memberi tekanan kepada dia? Adakah...? Adakah...? Tapi... Ummi rasa, Ummi telah memberi pilihan kepadanya! Ammar sendiri yang memilihnya! Cuma..., sedari awal lagi (selepas Result PMR Ammar) Ummi ada beritahu harapan Ummi. "Ummi nak Ammar macam Kak Yong! Jadi doktor juga! Sebab..., bidang ini ialah bidang yang mulia selain bidang pendidikan! Bidang ini Ummi rasa sesuai dengan Ammar berbanding bidang lain ( jurutera, arkitek, pengurus, akautan atau sebagainya)" Sebenarnya bidang ini merupakan fardhu kif