Posts

Showing posts from 2010

Terima Kasih Mak...!!! Saya Saayaaaang Mak...!!!

Terkejutnya melihat begitu banyak ucapan tahniah di dinding facebook...! Berbunganya hati membaca doa ikhlas dari kenalan baru dan lama, kawan-kawan sekolah juga kawan-kawan belajar, saudara mara jauh dan dekat serta anak-anak termasuk murid-muridku yang berada di seluruh pelusuk dunia. Terima kasih...!!! Ya betul, tanggal 27 Disember 2010 ialah tarikh lahirku. Ucapan dan doa amatku hargai. Semoga ucapan dan doa itu membawa kebaikan untukku di hari-hari mendatang...! Terima kasih sekali untuk semua yang mendoakanya. Tiada apa yang paling istimewa bagiku pada hari ini cuma bersyukur atas anugerah kesihatan, kebahgiaan dan keceriaan hidup yang Allah berikan. Syukur atas ehsanNya yang masih membenarkanku bernafas dan menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta. Syukur kepadaNya kerana memberikan lagi masa untuk aku membasuh dosa-dosa yang lalu. Semoga Allah tetapkan iman dan tambahkan taqwa pada diri yang lemah ini. Semoga aku tidak leka dan lalai dengan fitnah-fitnah dunia....! Ba

Hijrah, Titik Mula Meraih Kecemerlangan

Hakikatnya, awal Muharram adalah satu tarikh yang sangat bermakna bagi mukmin. Tarikh ini membawa kita kembali menyingkap satu peristiwa agung yang terjadi sekitar 1400 masihi yang lalu. Peristiwa yang ini bukan saja memberikan kenangan termanis dalam hidup mukmin tetapi kenangan termanis juga kepada manusia dan seluruh alamnya. Kenapakah peristiwa tersebut dikatakan kenangan termanis buat umat manusia dan alam seluruhnya? Ini kerana, apabila berlakunya peristiwa bersejarah ini dunia yang dahulunya kontang dan tandus dari nilai-nilai kebaikan dan kebajikan mula merasai bibit-bibit kerahmatan, kasih sayang serta keadilan yang dinanti-nantikan buat sekian lamanya. Dunia menanti-nantikan peristiwa tersebut. Peristiwa yang akan memberikan impak besar kepada dunia dan sejarah kemanusiaan yang mana melalui peristiwa tersebut rahmat dan keberkatan Allah tersebar ke seluruh alam. Peristiwa yang dimaksudkan adalah peristiwa Hijrah Nabawiyah. Hijrah di dalam Islam adalah suatu peristiwa yang a

Kembalilah Kepada Tuhanmu, Jangan Putus Asa

Image
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah Terangilahku dengan nur imanMu Hanya Engkau tempat aku berserah Mohon maghfirah di dalam syahdu Wahai Tuhan yg Maha Pengasih Ampunilah segala dosaku Laksana buih di laut memutih Hanyut ditelan gelombang nafsu Hari-hari yg telah aku lalui Ingin ku tinggalkan terus bersemadi Ingin aku kembali kepada fitrah insani Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi Bebaskanlah diriku dari dibelenggu Dosa noda nafsu durjana Terimalah taubatku ya Allah Bimbinglah daku ke jalan ridhaMu Moga sinarMu terangi hidupku di dalam kegelapan Aku kan kembali pada Mu Robbi Mengadap Mu ya Robbul-izzati Segala ketentuan kupasrahkan di hujung penghayatan

Ummul Mukminin Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid

SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar. Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab. Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad. Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami k

Rahsia Solat Dalam Sains

Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your t...

Mujahidah Islam... Iman Semerbak Kasturi

Susuri sejarah keagungan serikandi-serikandi Islam... Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi. Bonda kepada Habil dan Qabil, serta Nabi Allah Shith a.s. ini berkorban segalanya demi perjuangan suaminya Adam a.s. Sayyidah Hawwa’ menyaksikan kisah sedih pengorbanan anaknya sendiri Habil yang mati dibunuh oleh saudara sendiri. Naluri keibuannya tidak dapat mengatasi keteguhan imannya kepada Allah swt walau pun anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri. Warisan keimanan ini diturunkan pula kepada wanita tukang sisir rambut anak Fir’aun, Mashitah. Seluruh keluarganya terkorban syahid di hadapan mata sendiri dan bayi di dalam dakapannya dikurniakan Allah keistimewaan bertutur. Ketenangan hati Mashitah melihat bayinya dicampakkan ke dalam kawah berisi minyak panas tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibu pun. Harum jenazahnya lantaran tempias imannya yang ke

Rabiah Al Adawiyah, Perjuangkan Islam Dengan Mulut Setajam Pisau | Portal Berita Dunia Islam & Indonesia Terbaru & Terk

Rabiah Al Adawiyah, Perjuangkan Islam Dengan Mulut Setajam Pisau Portal Berita Dunia Islam & Indonesia Terbaru & Terk

Laman Sosial Peribadi...???

“Siapa bernama Najwa dalam kelas ini?” Mataku melirik ke arah wajah-wajah murid 4 Inovatif meminta kepastian. Kulewati pandangan mereka dari pintu masuk kelas. “Saya. Cikgu”. Kutenung wajah murid yang menyahut. Tampak ceria dan cergas murid itu. “Sahlah..., ini budaknya!”, bisik hatiku. “Oo... kamu..., mari ke mari!” “Kenapa Cikgu?” Kelihatan murid ini kerisauan, menyoalku kembali. “Kamukah yang add dengan facebook Cikgu?” “Ya, sayalah..., Cikgu!” Bangganya dia kerana disangka punyai kelebihan. “Bagus, dah pandai guna internet. Tapi, jangan leka sampai tidak siap kerja sekolah...! Satu lagi, guna internet untuk kebaikan, jangan disalahgunakan”. Aku memberi pengukuhan sebelum memulakan teguran yang bakalku luahkan. “Kamu faham maksud saya?” Aku cuba mengujinya mencari fokus perbicaraan. Dia menggelengkan kepala, tanda tidak faham. Betullah..., dia baru darjah empat, baru sepuluh tahun, lebih baik aku berterus terang sahaja dengannya...! “Bukankah kamu yang menulis ayat .................

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Bacalah..., Dengan Nama Tuhanmu...!

Dia menarik dan mendakapku hingga aku berasa kepayahan untuk bernafas.Lalu dia melepaskanku dan berkata, “Bacalah...!” “Aku tidak dapat membaca...!” Dia menarik dan mendakapku lagi sehingga aku berasa sukar untuk bernafas. Kemudian dia melepaskan sambil berkata, “Bacalah...! Aku menjawab, “Aku tidak dapat membaca...!” Untuk yang ketiga kalinya, dia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa kepayahan untuk bernafas, lalu ia melepaskanku dan berkata, “ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.” (Surah Al-‘Alaq 96: 1-5) Begitulah gambaran yang diceritakan oleh RasululLah S.A.W kepada Khadijah isteri tercinta, ketika datang Jibrail A.S. Tentu ada sesuatu yang tersirat dan besar di sebalik peristiwa Iqra’ yang terkenal ini. Mengapa disuruh baca sedangkan apakah yang hendak diba

Hatiku Tersentuh...!

Hatiku tersentuh..., apabila tanah itu menjadi tilamku...! Sebenarnya nasyid Arab "Farsy at-Turab" dari Mishary al Arada amat menyentuh hati yang begitu lama diminati dan dihayati...! Terasa ingin abadikannya supaya dapat dikongsi dan dihayati bersama...! Semoga hati kita semua akan tersentuh dengan alunan syahdu dari paparannya...! Semoga setiap kisah kematian sentiasa memberi peringatan kepada kita...! Jom, hayatinya bersama...., Farshi Turab (Tanah Itu Tilamku) Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now The sand surrounds me even behind my back And the grave tells a dankness of my affliction And the brightness draws a line…………… Where is my family’s love? They sold my loyalty! And where is my group of friends? They left my brotherhood! Where is the bliss of money? It’s behind my back now And my name (reputation) where is it shine between praises This is my end and this is my bed And love farewells its longing and my elegizing cried And the tears went dry after cryin

Khutbah Gerhana Matahari

Khutbah Pertama الحمد لله الذي خلق السموات والأرض وجعل الظلمات والنور ثم الذين كفروا بربهم يعدلون . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat. Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus : هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَ