Posts

Showing posts from 2012

TERIMA KASIH, YA ALLAH!

Image
Terima kasih Ya   Allah, untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih ya     Allah, kerana dengan izinMu  aku masih  lagi menghirup udara yang segar ini.  Terima kasih  untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan,Ya Allah. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan... Terima kasih untuk iman dan ilmu yang Engkau anugerahkan ini. Terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan padaku, Ya Allah. AlhamdulilLah, cukupku syukuri Ya Allah! Terima kasih  atas segala-galanya. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Engkau tetap memberi walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu padaku...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat p

SENTIASALAH ARLERT...!

Image
PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BNYAK YNG BOLEH.... http://www.facebook.com/SerambiPolitik Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani. Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store. Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini! Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal. Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah. Jangan abaikan...sila share Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah saw info #AMBANG13 [ANAK MUDA BANGKIT]  — 

Semoga Kami Sampai Lagi...!

Image
Syukur, Alhamdulillah kerna Allah beriku dan suami peluang kedua ini...!  Tak sangka pula baru lapan tahun dah dapat tawaran ini. Begitu ramai orang lain yang memohon, menanti dan mengharap, namaku dan suami pulak terpilih.  Terima kasih ya Allah!!!  Ramai orang terkejut dan hairan termasuk Emak dan Abah juga adik-adik terutama adikku yang kedua, Mazlan!  Hampir tiga tahun dia memohon, menunggu dan merayu untuk pergi tapi masih lagi belum dapat!  Dia cadangkan nama kami ini diberikan kepadanya supaya dia dan isteri boleh menunaikan rukun Islam yang kelima ini.  Kami bersetuju, tapi... apabila dirujuk kepada pihak Tabung Haji, sememangnya tidak ada dan boleh dibuat penggantian nama!  Maka terpaksalah dia bersabar...  Mudah-mudahan ada rezkinya nanti!   Allah Maha Mengetahui!  Allah Maha Berkuasa!  Allah Maha Merancang!  Setiap perancanganNya  pasti ada hikmah di sebaliknya...!  Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku dan suami untuk sampai jua ke Tanah Haram yang dirindui ini.