Posts

Showing posts from October, 2022

KATARSIS

Image
Fuhh... siap! Setelah berhari-hari bertapa di sudut kecil dalam bilik, ku ulang-ulang membaca dan menyebut, menelek aksara kata yang sesuai, menukang semula ungkapan melewah, akhirnya aku mencapai katarsis.     Terujanya berkarya kreatif sehingga sanggup kucabar diri memilih dua tema. Tamakkah aku?  Sebenarnya, semasa tema kedua dibuka, aku sudah pun selesai tema pertama.       Tema legasi nenda ini terperam terus apabila idea tema kerjaya mengisi ruang.  Kuterus melakar kisah tanpa sedar idea sudah melimpah ruah.   Seronoknya   menyusun perenggan demi perenggan,  'show don't tell'  seperti kata Puan Sri Diah Shaharuddin     antara  ciri penulisan kreatif.       Tema ini kutulis sepenuh perasaan kerana itulah waktunya aku sangat terkesan.    Terlalu banyak hendak aku ceritakan sehingga terlupa pesanan, jangan terlebih patah perkataan.      "Ah, tak mengapa, nak buang nanti senang saja," getusku.   Salah! Melesetnya sangkaanku. Susah juga rupanya hendak  'kill