Posts

Showing posts from May, 2013

JEJAK MURABBI

Image
Murabbi...! Kami menyelurusi jejak Murabbi ketulusan hati guru yang murshid bermula dari akar pintar di tapak semaian kewajipan mengumpul hikmah di menara ilmu menyerap risalah insaniah menggarap cita kudus suburlah pohon bakti  di kebun perguruan. Murabbi...! Kau hebat kerana ilmu kau berjaya kerana kesabaran kau cemerlang kerana ketekunan kau matang kerana kasih sayang kepuasanmu kerana kesungguhan kami sebenarnya kau punya watak dan acuan tersendiri tidak pernah minta disanjung di sisi tasik maruah mengalir ke sungai sejarah di tengah-tengah  terbinalah jambatan insaniah. Murabbi...! Bersendikan keikhlasan kemurnian aqal budi lahirlah kami semua anak-anak generasi  meneroka hidup bersadurkan taqwa satu kelebihan sebutir mutiara tetap bersinar meskipun di mana tercampak terhumban ke laut menjadi pulau tersadai di darat menjadi gunung kami pusakai pemberianmu, Murabbi. Murabbi...! apakah lagi yang murid cari? selain kesantunan yang diamali keho