Posts

Showing posts from September, 2009

Minal Aidin Wal Faidzin

Image
Sempena hari yang mulia ini, ampun dan maaf atas ketelanjuran tingkah dan kata terutama kepada suami yang tercinta, kedua ibu bapa termasuk ibu bapa mertua yang dikasihi, anak-anak tersayang , saudara mara, sahabat handai, teman taulan, anak-anak murid dan jiran tetangga.

Gamitan Bumi Anbiya'

Image
Selasa, 5 Mei 2009 Ammar dapat surat matrikulasi (Sains) Gopeng. Daftar 11 Mei 2009. Risaunya hati kerana UPU belum lagi keluar. Dapat pula surat UPU, Saspennya…, redho je lah.. , Bidang Sains Hayat UM…! Daftar 24 Mei 2009. OK ke…? Hatiku cuak juga kerana…, habislah…, tahfiz yang 5 juzuk sudah dihafaznya…, tinggallah…, bahasa Arab yang hampir mantap diperolehinya…! Kalau masuk kat UM nanti, sudah tentu saingannya hebat-hebat belaka! Tambahan pula apabila tahun pertama nanti ramai murid bukan Melayu sudah ada pengalaman 2 tahun STPM…! Tengok Ammar relek je…! Ala…, budak terbaik KISAS pun dapat kat situ, Ummi! Hanya Tuhan yang tahu doa aku ketika itu…. Semoga ada yang lebih baiknya…! Jumaat, 8 Mei, 2009 Berdebar menanti keputusan JPA Online samada nama Ammar tersenarai berjaya atau tidak! Tapi naluri keibuanku tetap mengatakan Ammar dapat…, kerana aku yakin kalau hati kita ikhlas untuk menuntut ilmu dunia akhirat, pastinya Allah beri…! Ya, syukur Alhamdulillah, Ammar berjaya akhirnya…, b

Indahnya Saat Bersahabat Tetapi…….!

Image
Assalamu’alaikum…! Aku menoleh sambil menjawab salam yang diberi, seorang perempuan sebaya aku tersenyum bertanyakan katil kosong di sebelahku! Zaleha binti Abdul Ghani, begitu dia memperkenalkan dirinya. Kecil molek orangnya, wajahnya mirip perempuan cina, nampak ceria dan begitu teruja gaya suaranya. Tidakku sangka kerana dia rupanya orang Ipoh, Rapat Setia. Mengapa selama ini aku tidak pernah berjumpa dengannya? Sepanjang aku berkursus dulu pun tak pernah jumpa. Begitu juga dengan Kak Minah, seorang lagi kenalan yang baru tiba, juga orang Rapat Setia. Menurut Leha, mereka berdua pun tidak pernah mengenali satu sama lain semasa di Ipoh. Jodoh dan pertemuan itu Allah yang menentukannya! Kemudian, sampai pula seorang lagi teman, Fatimah dari Sungai Petani, Azlina dan Mak Lang dari Alor Setar serta seorang lagi dari Perlis, Asyikin! Lengkaplah tujuh orang kami sebilik, makan, minum, tidur, baring, beribadah, berkongsi suka duka selama 40 hari menunaikan fardu haji di Tanah Suci, kota Me

Rayuan Keinsafan

Image
Tuhan....ku! Aku tidak layak untuk... surgaMu! Tetapi..., aku tidak kuat menanggung..., siksa nerakaMu! Oleh itu, kurniakanlah..., ampunan kepadaku..., Taubat dari dosaku! Sesungguhnya..., Engkau...lah Pengampun... Dosa-dosa besar....! * Doa Munajat seorang hamba yang terlalu kerdil dan banyak dosa... .!