Posts

Showing posts from August, 2022

BANGKIT DAN MULAKAN

Hari ini aku ingin mulakan... "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang" Aku ingin bangkit dengan...  Memetik jari jemariku yang sudah mula keras dan kaku setelah cukup setahun kutinggalkan dunia profesional. Memang niatku sebelum ini ingin mengasah semula pena penulisan yang sudah sangat tumpul ini seawal persaraan dahulu, tetapi dek kekangan aktiviti dan masalah 'ingin berehat dahulu' menjadikan aku sangat-sangat malas untuk membuka laptop. Lebih-lebih lagi apabila laptop yang telah berusia hampir 6 tahun itu sudah terlalu banyak ragamnya. Hendak membukanya pun hampir setengah jam membelai dan memujuk, terpaksa menunggu dengan sabar, menyebabkan aku tidak kuasa melayannya tambahan pula dengan sikap malas yang sudah mula menapak...  Dahulu, aku sememangnya minat menulis sementelah mengajarpun subjek Bahasa Melayu. Anak-anak murid sering kugilapkan penulisan karangan yang mereka hantarkan. Kubetulkan tatabahasa, batang ayatnya dan tanda-tanda bacanya membuat