Posts

Showing posts from September, 2022

TRAGEDI KAIN BATIK SARUNG

Image
"Mak..!  Adik nangis...!"  Kujerit dalam samar-samar pagi kepada emak yang berada tidak jauh dari kami.   Emak menyahut sambil tangan kanannya menarik getah kering dalam pot yang melekat di pokok. Dia ingin menyelesaikan dua batang pokok getah lagi dalam baris pertama itu. "Tunggu jap, mak datang ye..."   Terdengar sayup-sayup suara emak memberikan aku harapan.   Aku bahagia bersama adikku mengikut emak dan abah bekerja.  Seumur tiga tahun itu, emak amanahkan aku menjaga adik kerana tiada penjaga untuk ditinggalkan.  Emak letakkan aku dan adik dalam sebuah dangau kecil di kebun getah itu.   Di bawah tepi berhampiran dangau, abah nyalakan unggun api kecil supaya berasap bagi menghalau nyamuk dan menghilangkan unggas-ungas kecil yang suka menghurungi kami.  Dibekalkan juga aku dan adik dua helai kain batik sarung untuk selimut tatkala kesejukan.  Jagung dan roti menjadi jajanku ketika terasa lapar. Dalam sibukku memujuk adik, tiba-tiba sehelai kain batik sarung terjat