Posts

Showing posts from May, 2009

Selamat Hari Guru 2009

"Selamat Hari guru 2009" kepada semua guru-guru saya yang telah mendidik dan membimbing saya menjadi murid, pelajar, pelatih, guru, isteri, ibu dan manusia yang mengenal kepentingan dan ketinggian ilmu dunia dan akhirat! Semoga cikgu-cikgu semua dirahmati Allah S.W.T..! Terima kasih kepada semua murid-murid yang memberi cenderahati tanda penghargaan. Pelbagai cenderahati yang Cikgu terima termasuk bunga, mug, pewangi, alatan tulis, bingkai gambar, jam, pelbagai assesori dan tidak sangka pulak Cikgu ada yang beri seterika(Hajar Haziqah 4T) Terima kasih! Sebenarnya, cenderahati yang paling berharga kepada Cikgu ialah ke faham an, ke pandai an dan ke jaya an cemerlang kamu semua! Inilah kepuasan kerjaya seorang guru! Doa dan harapan Cikgu sentiasa mengiringi kalian! Ada beberapa bait-bait kata dalam surat dan kad-kad ucapan yang diberi amat memikat hati Cikgu! "Untuk berhasil dalam apapun, kita harus mempunyai guru. Justeru, mahu berjaya dalam hal keduniaan dan akhirat, ki