Posts

TRAGEDI KAIN BATIK SARUNG

Image
"Mak..!  Adik nangis...!"  Kujerit dalam samar-samar pagi kepada emak yang berada tidak jauh dari kami.   Emak menyahut sambil tangan kanannya menarik getah kering dalam pot yang melekat di pokok. Dia ingin menyelesaikan dua batang pokok getah lagi dalam baris pertama itu. "Tunggu jap, mak datang ye..."   Terdengar sayup-sayup suara emak memberikan aku harapan.   Aku bahagia bersama adikku mengikut emak dan abah bekerja.  Seumur tiga tahun itu, emak amanahkan aku menjaga adik kerana tiada penjaga untuk ditinggalkan.  Emak letakkan aku dan adik dalam sebuah dangau kecil di kebun getah itu.   Di bawah tepi berhampiran dangau, abah nyalakan unggun api kecil supaya berasap bagi menghalau nyamuk dan menghilangkan unggas-ungas kecil yang suka menghurungi kami.  Dibekalkan juga aku dan adik dua helai kain batik sarung untuk selimut tatkala kesejukan.  Jagung dan roti menjadi jajanku ketika terasa lapar. Dalam sibukku memujuk adik, tiba-tiba sehelai kain batik sarung terjat

BANGKIT DAN MULAKAN

Hari ini aku ingin mulakan... "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang" Aku ingin bangkit dengan...  Memetik jari jemariku yang sudah mula keras dan kaku setelah cukup setahun kutinggalkan dunia profesional. Memang niatku sebelum ini ingin mengasah semula pena penulisan yang sudah sangat tumpul ini seawal persaraan dahulu, tetapi dek kekangan aktiviti dan masalah 'ingin berehat dahulu' menjadikan aku sangat-sangat malas untuk membuka laptop. Lebih-lebih lagi apabila laptop yang telah berusia hampir 6 tahun itu sudah terlalu banyak ragamnya. Hendak membukanya pun hampir setengah jam membelai dan memujuk, terpaksa menunggu dengan sabar, menyebabkan aku tidak kuasa melayannya tambahan pula dengan sikap malas yang sudah mula menapak...  Dahulu, aku sememangnya minat menulis sementelah mengajarpun subjek Bahasa Melayu. Anak-anak murid sering kugilapkan penulisan karangan yang mereka hantarkan. Kubetulkan tatabahasa, batang ayatnya dan tanda-tanda bacanya membuat

Healthy Life: :: KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ...

Healthy Life: :: KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ... : Konsep Baru Mekah Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah ...

JEJAK MURABBI

Image
Murabbi...! Kami menyelurusi jejak Murabbi ketulusan hati guru yang murshid bermula dari akar pintar di tapak semaian kewajipan mengumpul hikmah di menara ilmu menyerap risalah insaniah menggarap cita kudus suburlah pohon bakti  di kebun perguruan. Murabbi...! Kau hebat kerana ilmu kau berjaya kerana kesabaran kau cemerlang kerana ketekunan kau matang kerana kasih sayang kepuasanmu kerana kesungguhan kami sebenarnya kau punya watak dan acuan tersendiri tidak pernah minta disanjung di sisi tasik maruah mengalir ke sungai sejarah di tengah-tengah  terbinalah jambatan insaniah. Murabbi...! Bersendikan keikhlasan kemurnian aqal budi lahirlah kami semua anak-anak generasi  meneroka hidup bersadurkan taqwa satu kelebihan sebutir mutiara tetap bersinar meskipun di mana tercampak terhumban ke laut menjadi pulau tersadai di darat menjadi gunung kami pusakai pemberianmu, Murabbi. Murabbi...! apakah lagi yang murid cari? selain kesantunan yang diamali keho

Abu Anas Madani: Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk

Abu Anas Madani: Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk : Ramai yang heboh mengenai isu isyarat atau tunjuk dengan ibu jari atau Jari Telunjuk, cerita ini telah disebarkan dalam laman sosial (FB...

Nasihat Kubur

Lepas baca silakan share.. 1.  Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 2.  Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. 3.  Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN. 4.  Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 5.  Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 6.   Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 7.  Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" Kirim mesej ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada satu orang...  karena,  saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja... tapi  saat kamu membukanya, syaitan

TERIMA KASIH, YA ALLAH!

Image
Terima kasih Ya   Allah, untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih ya     Allah, kerana dengan izinMu  aku masih  lagi menghirup udara yang segar ini.  Terima kasih  untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan,Ya Allah. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan... Terima kasih untuk iman dan ilmu yang Engkau anugerahkan ini. Terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan padaku, Ya Allah. AlhamdulilLah, cukupku syukuri Ya Allah! Terima kasih  atas segala-galanya. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Engkau tetap memberi walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu padaku...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat p