Posts

Showing posts from 2009

Wahai Tuhan...!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekelian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu Penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas Keluarganya dan Sahabatnya sekelian. Ya, Allah...! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya, dan tidak Engkau melupainya, dan Engkau berlemah lembut ke atas kami, walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi kami peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat atas Engkau...! Maka. sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya, dan Engkau telah janjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang Mulia, Yang mempunyai Kebesaran dan Kemulian, semoga Engkau menerima daripada kami, dan janganla

Hikmahnya Berhijrah.

Image
“Cikgu..., Nabi Muhammad pun berhijrah! Mungkin ada lebih baiknya..., lagipun ini satu peluang! Sebenarnya ini tanda pengiktirafan Allah atas keikhlasan Cikgu mengajar anak-anak murid”. Terkedu aku mendengar ayat yang terpancul keluar dari mulut Che Mah, isteri Encik Din YDP PIBG SKJ. Katanya itu menjadikan aku benar-benar berfikir. Benar..., Nabi Muhammad pun berhijrah. Walaupun Mekah itu tempat lahirnya, tempat ayah ibu dan tempat nenek moyangnya bertapak. Bumi Mekah jugalah yang menyaksikan derita hidup suka duka sehingga beliau menjadi Nabi dan Rasul, mengapa pula Nabi tinggalkan dan pergi begitu saja? Ya, demi menyambut seruan hijrah, Nabi pergi ke Madinah dengan penuh redha...! Tapi itu Nabi Muhammad, bukan aku. Adakah keperluan aku seperti keperluan Nabi berhijrah? Tidak..., jauh sekali....! Tapi apabila diarahkan kepadaku sudah tentu telah diizinkan Allah berlaku, mengapa tidakku ambil semangat yang dimiliki RasululLah untuk berhijrah? “Ha.. aa ..., betul kata Che Mah tu, menga

Sahutlah Seruan Azan...!

Image
Astaghfirullah 'al azim..! Alangkah berkatnya hidup kamu jika dpt menyebarkan email ini kpd semua kwn2 yg ada..amin SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN, SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN, SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN, SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN, SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA...! Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...! Allahu Akbar!! ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..?Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' ...! Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, ji

Minal Aidin Wal Faidzin

Image
Sempena hari yang mulia ini, ampun dan maaf atas ketelanjuran tingkah dan kata terutama kepada suami yang tercinta, kedua ibu bapa termasuk ibu bapa mertua yang dikasihi, anak-anak tersayang , saudara mara, sahabat handai, teman taulan, anak-anak murid dan jiran tetangga.

Gamitan Bumi Anbiya'

Image
Selasa, 5 Mei 2009 Ammar dapat surat matrikulasi (Sains) Gopeng. Daftar 11 Mei 2009. Risaunya hati kerana UPU belum lagi keluar. Dapat pula surat UPU, Saspennya…, redho je lah.. , Bidang Sains Hayat UM…! Daftar 24 Mei 2009. OK ke…? Hatiku cuak juga kerana…, habislah…, tahfiz yang 5 juzuk sudah dihafaznya…, tinggallah…, bahasa Arab yang hampir mantap diperolehinya…! Kalau masuk kat UM nanti, sudah tentu saingannya hebat-hebat belaka! Tambahan pula apabila tahun pertama nanti ramai murid bukan Melayu sudah ada pengalaman 2 tahun STPM…! Tengok Ammar relek je…! Ala…, budak terbaik KISAS pun dapat kat situ, Ummi! Hanya Tuhan yang tahu doa aku ketika itu…. Semoga ada yang lebih baiknya…! Jumaat, 8 Mei, 2009 Berdebar menanti keputusan JPA Online samada nama Ammar tersenarai berjaya atau tidak! Tapi naluri keibuanku tetap mengatakan Ammar dapat…, kerana aku yakin kalau hati kita ikhlas untuk menuntut ilmu dunia akhirat, pastinya Allah beri…! Ya, syukur Alhamdulillah, Ammar berjaya akhirnya…, b

Indahnya Saat Bersahabat Tetapi…….!

Image
Assalamu’alaikum…! Aku menoleh sambil menjawab salam yang diberi, seorang perempuan sebaya aku tersenyum bertanyakan katil kosong di sebelahku! Zaleha binti Abdul Ghani, begitu dia memperkenalkan dirinya. Kecil molek orangnya, wajahnya mirip perempuan cina, nampak ceria dan begitu teruja gaya suaranya. Tidakku sangka kerana dia rupanya orang Ipoh, Rapat Setia. Mengapa selama ini aku tidak pernah berjumpa dengannya? Sepanjang aku berkursus dulu pun tak pernah jumpa. Begitu juga dengan Kak Minah, seorang lagi kenalan yang baru tiba, juga orang Rapat Setia. Menurut Leha, mereka berdua pun tidak pernah mengenali satu sama lain semasa di Ipoh. Jodoh dan pertemuan itu Allah yang menentukannya! Kemudian, sampai pula seorang lagi teman, Fatimah dari Sungai Petani, Azlina dan Mak Lang dari Alor Setar serta seorang lagi dari Perlis, Asyikin! Lengkaplah tujuh orang kami sebilik, makan, minum, tidur, baring, beribadah, berkongsi suka duka selama 40 hari menunaikan fardu haji di Tanah Suci, kota Me

Rayuan Keinsafan

Image
Tuhan....ku! Aku tidak layak untuk... surgaMu! Tetapi..., aku tidak kuat menanggung..., siksa nerakaMu! Oleh itu, kurniakanlah..., ampunan kepadaku..., Taubat dari dosaku! Sesungguhnya..., Engkau...lah Pengampun... Dosa-dosa besar....! * Doa Munajat seorang hamba yang terlalu kerdil dan banyak dosa... .!

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

KHUTBAH HAJI WIDA' 9 Zulhijjah 10 Hijrah Lembah Uranah, Gunung Arafah. "Wahai Manusia! Dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui, apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai Manusia! Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhanmu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam p

Bakat, Kemahiran Dan Kreativiti Guru

Bakat, Kemahiran & Kreativiti Guru View more documents from Dr22s .

Terima Kasih Atas Ingatan!

Hari ini cikgu buka dan baca e-mel. Rasa terharu atas ingatan murid-murid cikgu! Terima kasih atas ingatan kamu semua. Cikgu minta maaf kerana tidak membalasnya! Cikgu ingin balas tapi, cikgu tak mampu...! Tak perlulah cikgu ceritakan sebabnya, cukuplah sekadar cikgu katakan cikgu amat sayang dan rindukan kalian semua. Semoga kalian bahagia dan sentiasa berjaya! Antara e-mel yang menyentuh hati, "Assalamualaikum, cikgu.Saya anak murid cikgu kelas 4 Teratai. Nama saya Nazura Syafiqah binti Roshidi. Saya amat sedih kerana cikgu tidak akan mengajar kami lagi. Kepada saya, cikgu Masitah je yang hebat dari guru-guru yang lain. Cikgu baik hati dan cikgu selalu buat kami semua gelak. Lagi satu, CIKGU MASITAH AHMAD IS THE BEST BETWEEN THE OTHER TEACHERS!!! MEMANG CIKGU MASITAH 100% BEST OF THE BEST!!! Walaupun cikgu dah tak dapat jumpa kami, kami masih boleh ada contact dengan cikgu. Cikgu, terima kasih kerana mendidik kami dengan baik. Agar kami akan jadi orang yang berguna terhadap oran

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary : Pesanan Ibu Bawa Berkat

Oleh HELMI MOHD FOAD PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah. ‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan. ‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain. ‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutam

Sejarah Yang Berlalu Menitip Hari-hari Terakhir di SKJ

12 Mei 2009 PK1 mengucapkan tahniah ketika sibuk menguruskan murid Tahun 4 dalam Program Teknik Menjawab Soalan. Terkejut apbila diberitahu PPD telefon GB, nama naik sebagai PK! Betul ke? Macam tak percaya... Senyap, terkedu...! Semasa terima cenderahati, GB pulak ucap tahniah..., Hi macam ye je! Betul ke? Lepas tu, dalam Mesyuarat Asrama, GB umum jugak..., rasa malu pulak, mana hitam putihnya? GB kata, surat akan diberi kemudian. Tarikh lapor diri 16 Mei tapi PK1 kata 16 Jun, mana satu ni? Apa pun, perasaan mula berbelah bagi, antara suka dan duka! Suka, mungkin ini satu pengiktirafan dan satu peluang yang lebih baik! Duka, apabila teringatkan anak murid, kawan-kawan dan sekolah yang sudah 17 tahun mencurahkan bakti di dadanya! Sayangnya hati terhadap karenah anak-anak SKJ dan keakraban kawan-kawan, menjadikan hati sedih! Teringat pula tentang kepakaran yang telah diperolehi sebagai guru BM, tentulah akan hilaang dengan sendirinya kerana mungkin tak akan mengajar lagi mata pel

Secebis Kenangan Bersama Amirul Haikal

"Ummi, ada tak anak murid Ummi tahun lepas bernama Haikal?" tanya Anas tatkala aku duduk keletihan , baru pulang dari kuliah! "Haikal? Ramai murid Ummi yang bernama Haikal." Kotak fikiranku mula bekerja mencari nama-nama murid tahun lepas. "Amirul Haikal bin Ahmad Badri, Ya... Ya... Murid Ummi Enam Mawar tahun lepas!" Terus aku terbayangkan wajahnya yang sedikit tembam. Aku biasa memanggilnya dengan Amirul sahaja. Aku rasa, dialah yang paling dicemburi oleh rakan-rakannya termasuk anakku sendiri, Aisyah. Menurut mereka, Amirul Haikal murid Tahun 6 Mawar kesayangan Cikgu Masitah! Ah... tak kisahlah apapun tanggapan mereka, sedangkan bukan begitu sikap dan niatku terhadap semua murid-murid. Yang pasti, sebagai guru aku laksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab! Mengimbau kenangan meniti hari bersama murid bernama Amirul Haikal, aku begitu tegar dengan dialog yang menjadi permulaan memori yang tidak akan luput dari ingatanku! Teringat kata-katanya,"Ci

Selamat Hari Guru 2009

"Selamat Hari guru 2009" kepada semua guru-guru saya yang telah mendidik dan membimbing saya menjadi murid, pelajar, pelatih, guru, isteri, ibu dan manusia yang mengenal kepentingan dan ketinggian ilmu dunia dan akhirat! Semoga cikgu-cikgu semua dirahmati Allah S.W.T..! Terima kasih kepada semua murid-murid yang memberi cenderahati tanda penghargaan. Pelbagai cenderahati yang Cikgu terima termasuk bunga, mug, pewangi, alatan tulis, bingkai gambar, jam, pelbagai assesori dan tidak sangka pulak Cikgu ada yang beri seterika(Hajar Haziqah 4T) Terima kasih! Sebenarnya, cenderahati yang paling berharga kepada Cikgu ialah ke faham an, ke pandai an dan ke jaya an cemerlang kamu semua! Inilah kepuasan kerjaya seorang guru! Doa dan harapan Cikgu sentiasa mengiringi kalian! Ada beberapa bait-bait kata dalam surat dan kad-kad ucapan yang diberi amat memikat hati Cikgu! "Untuk berhasil dalam apapun, kita harus mempunyai guru. Justeru, mahu berjaya dalam hal keduniaan dan akhirat, ki

Betapa Besarnya AnugerahMu!

Image
Oh, Tuhan...! Berderai mutiara jernih keluar tanpa dipaksa! Mengapa aku begini? Mengapa mudahnya keluar air mata, sedangkan aku seorang yang tegar dan keras hati. Keras jiwa dan raga! Tapi, jiwa yang keras ini terluntur juga dek sebuah buku! Buku yang sudah pasti meruntun jiwa sesiapa sahaja yang membaca dan memahami dengan ikhlas! Lebih-lebih lagi, jika ada pula memori kehidupan yang hampir sama, benar-benar akan menjadikan hati sedih. Terasa sebak dan pilu apabila menyelusuri "Catatan Hati Nik Nur Madihah"! Aduhai......, hebatnya penulis Ummu Hani Abu Hassan ni! Garapan kisah yang disusunnya amat menyentuh jiwa! Dilingkari pula dengan realiti kehidupan Nik Nur Madihah yang serba berkurangan tapi dibaluti dengan jiwa syukur dan redha! Kagumnya aku pada ketulusan hati Nik Nur Madihah ini. Terbayang..., bagaimana sejuknya hati seorang ibu dan seorang bapa mempunyai anak seperti dia! Pertama kali membuka lembaran prakata penulisnya hatiku luluh dengan ayat "Gadis ini, dala