Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Seusai majlis di KISAS, Ummi dan keluarga bergerak ke Pandan Indah, Cheras. Cadangnya nak ambil Kak Yong shoping di Maidin terus ke pesta buku. Tapi, rupanya Kak Yong sedang exam, tak mahulah dia ikut!
Selesai mengambil barang-barang Kak Yong, pergi ke fakulti, beli makanannya, kami terus ke PWTC! Susah jugak nak dapat parking tapi akhirnya dapat juga dengan bayaran RM5.
Amboi mak, geramnya Ummi melihat pelbagai jenis buku! Ummi amat suka membaca buku! Kadang-kadang tertanya juga, mengapa ramai yang tidak suka membaca? Rasa-rasa macam nak beli semuanya! Tapi apakan daya, duit tak banyak!
Belek punya belek, akhirnya Ummi berjumpa dengan buku yang sememangnya Ummi berhajat untuk membelinya! Buku yang baru dilancarkan pada minggu lepas, "Catatan Hati Nik Nur Madihah". Pelajar SPM terbaik Malaysia 2008! Ummi teruja untuk mendapatkan buku itu adalah kerana Ummi ingin mengetahui bagaimana kesusahan seorang itu tidak menghalang untuk dia berjaya dengan cemerlang! Akan Ummi guna buku ini untuk memotivasikan anak-anak murid, anak-anak Ummi khasnya Anas, Aisyah dan Muaz!
Satu lagi buku yang Ummi cari dah jumpa! "Bidadari Dari Timur", memori isteri seorang pejuang, karangan Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat! Baru semalam dilancarkan sendiri oleh Tok Guru! Alhamdulillah, Ummi dapat apa yang Ummi cari! Semoga buku ini akan mendidik jiwa, memberi ilham dan semangat kepada Ummi untuk merebut gelaran isteri yang solehah!
Hampir 3 jam, kami berlegar-legar di Aras 2, 3 dan 4, penat juga tapi puas hati! Sedar tak sedar hampir RM200 termasuk beli kamus, buku ulangkaji Muaz, Ammar punya dan Ayah! Tak apa, sikit pun Ummi tak rasa rugi kerana pada Ummi buku adalah ilmu, ilmu adalah harta yang tidak ternilai harganya! Tak payahlah simpan duit banyak-banyak untuk kumpul harta lain. Harta ilmulah yang akan mengawal minda untuk memilih kebaikan atau keburukan! Untuk kebaikan, syaratnya mestilah membeli buku yang menjurus ke akhirat!
Puas hati Ummi walaupun terpaksa bertolak balik lewat. Kesian juga dekat Ayah, letih bawa kereta. Berhenti di Tapah untuk solat dan akhirnya selamat tiba di Ipoh lebih kurang 10.35 malam!

Comments

Popular posts from this blog

TERIMA KASIH, YA ALLAH!

Terima Kasih Mak...!!! Saya Saayaaaang Mak...!!!

JEJAK MURABBI