Posts

JEJAK MURABBI

Image
Murabbi...!
Kami menyelurusi jejak Murabbi
ketulusan hati guru yang murshid
bermula dari akar pintar
di tapak semaian kewajipan
mengumpul hikmah di menara ilmu
menyerap risalah insaniah
menggarap cita kudus
suburlah pohon bakti 
di kebun perguruan.

Murabbi...!
Kau hebat kerana ilmu
kau berjaya kerana kesabaran
kau cemerlang kerana ketekunan
kau matang kerana kasih sayang
kepuasanmu kerana kesungguhan kami
sebenarnya
kau punya watak dan acuan tersendiri
tidak pernah minta disanjung
di sisi tasik maruah
mengalir ke sungai sejarah
di tengah-tengah 
terbinalah jambatan insaniah.

Murabbi...!
Bersendikan keikhlasan
kemurnian aqal budi
lahirlah kami semua
anak-anak generasi 
meneroka hidup bersadurkan taqwa
satu kelebihan
sebutir mutiara
tetap bersinar meskipun di mana tercampak
terhumban ke laut menjadi pulau
tersadai di darat menjadi gunung
kami pusakai pemberianmu, Murabbi.

Murabbi...!
apakah lagi yang murid cari?
selain kesantunan yang diamali
kehormatan yang dipeliharai
semangat yang diperjuangkan
akhlak yang disempurnakan
pan…

Abu Anas Madani: Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk

Abu Anas Madani: Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk: Ramai yang heboh mengenai isu isyarat atau tunjuk dengan ibu jari atau Jari Telunjuk, cerita ini telah disebarkan dalam laman sosial (FB...

Nasihat Kubur

Lepas baca silakan share..
1.  Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2.  Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI.

3.  Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4.  Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5.  Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6.  Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7.  Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim mesej ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada satu orang... karena, 
saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja... tapi 
saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.

TERIMA KASIH, YA ALLAH!

Image
Terima kasih Ya   Allah, untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih ya     Allah, kerana dengan izinMu  aku masih  lagi menghirup udara yang segar ini. Terima kasih untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan,Ya Allah. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan...

Terima kasih untuk iman dan ilmu yang Engkau anugerahkan ini. Terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan padaku, Ya Allah. AlhamdulilLah, cukupku syukuri Ya Allah! Terima kasih atas segala-galanya. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap memberi walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu padaku...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.



Ampunkan aku Ya A…

SENTIASALAH ARLERT...!

Image
PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BNYAK YNG BOLEH....
http://www.facebook.com/SerambiPolitik


Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.
Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah saw

info
#AMBANG13 [ANAK MUDA BANGKIT]  —

Semoga Kami Sampai Lagi...!

Image
Syukur, Alhamdulillah kerna Allah beriku dan suami peluang kedua ini...!  Tak sangka pula baru lapan tahun dah dapat tawaran ini. Begitu ramai orang lain yang memohon, menanti dan mengharap, namaku dan suami pulak terpilih.  Terima kasih ya Allah!!!  Ramai orang terkejut dan hairan termasuk Emak dan Abah juga adik-adik terutama adikku yang kedua, Mazlan!  Hampir tiga tahun dia memohon, menunggu dan merayu untuk pergi tapi masih lagi belum dapat!  Dia cadangkan nama kami ini diberikan kepadanya supaya dia dan isteri boleh menunaikan rukun Islam yang kelima ini.  Kami bersetuju, tapi... apabila dirujuk kepada pihak Tabung Haji, sememangnya tidak ada dan boleh dibuat penggantian nama!  Maka terpaksalah dia bersabar...  Mudah-mudahan ada rezkinya nanti!  
Allah Maha Mengetahui!  Allah Maha Berkuasa!  Allah Maha Merancang!  Setiap perancanganNya  pasti ada hikmah di sebaliknya...!  Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku dan suami untuk sampai jua ke Tanah Haram yang dirindui ini.  Semoga um…