KATARSIS

Fuhh... siap! Setelah berhari-hari bertapa di sudut kecil dalam bilik, kuulang-ulang membaca dan menyebut, menelek aksara kata yang sesuai, menukang semula ungkapan melewah, akhirnya aku mencapai katarsis. 

   Terujanya berkarya kreatif sehingga sanggup kucabar diri memilih dua tema. Tamakkah aku?  Sebenarnya, semasa tema kedua dibuka, aku sudah pun selesai tema pertama.

     Tema legasi nenda ini terperam terus apabila idea tema kerjaya mengisi ruang. Kuterus melakar kisah tanpa sedar idea sudah melimpah ruah.  Seronoknya menyusun perenggan demi perenggan, 'show don't tell' seperti kata Puan Sri Diah Shaharuddin  antara ciri penulisan kreatif.   

  Tema ini kutulis sepenuh perasaan kerana itulah waktunya aku sangat terkesan.  Terlalu banyak hendak aku ceritakan sehingga terlupa pesanan, jangan terlebih patah perkataan. 

    "Ah, tak mengapa, nak buang nanti senang saja," getusku.

 Salah! Melesetnya sangkaanku. Susah juga rupanya hendak 'kill my darling' ini tetapi Dr Zuridah Hanim, Penyelenggara Kerjaya 3 membantuku jelas memahami.  Terasa sayangnya hendak membuang ayat-ayat indah berseni, yang terperah seksa dari hati dan mindaku sebelum ini. 

  Gelabahnya.  Tiba waktu akhir penghantaran tema pertama, aku masih terkial-kial 'membunuh ayat-ayat cintaku" dalam manuskrip kedua.  Kononnya hendak menghantar kedua-dua tema tetapi tidak kesampaian, pasrah...

    Berkicauan mesej dalam keluarga UnIKH, ternyata aku sudah terlewat, kelam kabut cari gambar yang sesuai.  Nasib baik trivia tema pertama, Che Mas tolong fikirkan. Segera tekan link yang diberi Ustazah Norhafhizah, Penyelenggara Legasi Nenda 1. 

     Ah, looding pulak!  Buka telegram hantar personal, cuba lagi dan lagi... Ya mungkin akulah pengkarya terakhir yang menghantar.  Pelan-pelan kayuh, janji sampai.  Baru sekejap, kuhantar tema kedua walaupun tarikh akhir 15.10.2022 ini.  Tidak sanggup kuperam lagi, setelah cukup 900 patah perkataan yang disyaratkan.  

    Sempat kuminta suami menjadi buddy walaupun teringin penyunting tersohor Shimah Basri menukang hasilku.  Akhirnya, manuskrip 'Bacalah Dengan Nama Tuhanmu' dalam tema legasi nenda dan 'Kupu-kupu Malam' dalam tema kerjaya berjayaku selesaikan.   Harapanku, kisah yang tergarap menjadi pedoman dan inspirasi kepada anak cucu sekelian.  Carilah nama Ummul Kasturi dalam antologi nanti ya... 







Comments

Popular posts from this blog

TERIMA KASIH, YA ALLAH!

Terima Kasih Mak...!!! Saya Saayaaaang Mak...!!!

JEJAK MURABBI