Selamat datang dan salam sejahtera...!
Semoga aura haruman kasturi dari Raudah Firdausi sentiasa bersama kita...

Saturday, April 25, 2009

Betapa Besarnya AnugerahMu!


Oh, Tuhan...! Berderai mutiara jernih keluar tanpa dipaksa! Mengapa aku begini? Mengapa mudahnya keluar air mata, sedangkan aku seorang yang tegar dan keras hati. Keras jiwa dan raga! Tapi, jiwa yang keras ini terluntur juga dek sebuah buku! Buku yang sudah pasti meruntun jiwa sesiapa sahaja yang membaca dan memahami dengan ikhlas! Lebih-lebih lagi, jika ada pula memori kehidupan yang hampir sama, benar-benar akan menjadikan hati sedih.

Terasa sebak dan pilu apabila menyelusuri "Catatan Hati Nik Nur Madihah"! Aduhai......, hebatnya penulis Ummu Hani Abu Hassan ni! Garapan kisah yang disusunnya amat menyentuh jiwa! Dilingkari pula dengan realiti kehidupan Nik Nur Madihah yang serba berkurangan tapi dibaluti dengan jiwa syukur dan redha! Kagumnya aku pada ketulusan hati Nik Nur Madihah ini. Terbayang..., bagaimana sejuknya hati seorang ibu dan seorang bapa mempunyai anak seperti dia!

Pertama kali membuka lembaran prakata penulisnya hatiku luluh dengan ayat "Gadis ini, dalam serba kekurangan hidupnya amat kaya dengan sikap bersyukur. Dia istiqamah bertaffakur dan tahajud serta tidak meninggalkan sunat Dhuha. Hari Isnin dan Khamis dengan puasa sunat. Amalan ini telah dimulakan sejak usia 12 tahun, Masya Allah...!" Dan yang paling mengusik jiwa pendidik ini, bagaimana tabah dan cekalnya semangat seorang pelajar demi mencari permata yang tidak ternilai harganya - ILMU! Madihah menyalin semula sebuah kamus Bahasa Arab dengan tulisan tangan sendiri kerana tidak punya wang untuk membelinya! Aduhai.., mampu dan sanggupkah anak-anakku melakukan sebagaimana yang dilakukannya? Kutip dan sematkanlah pengajaran dari kisah ini wahai anak-anakku!
Oh... Tuhan, betapa Kau telah berikan seorang budak yang masih mentah ini jiwa yang kental, semangat yang waja dan kematangan yang tidak setimpal dengan usianya! Tanamlah sedalam-dalamnya kehebatan sifat muliamu itu, peganglah tali ketakwaan itu sekuat-kuatnya, wahai Madihah! Jadilah seorang manusia yang sentiasa insaf! Istiqhamahlah... kerana, masih banyak ranjau-ranjau kehidupan yang perlu dilalui, panjang lagi masa yang perlu diharungi, banyak lagi ujian hidup yang perlu ditempuhi!

Ingat, ujian kefakiran telah berjaya diredahi tapi..., ujian kemewahan dan kesenangan belum tentu kita mampu hadapi! Semoga kesengsaraaan yang ditempuhi berjaya mendidik dan mengasuh Madihah menjadi seorang manusia tidak lupa asal usul! Apa pun, tahniah kerana berjaya mendapat tajaan Bank Negara untuk PILN! Doa dan harapan kami semua mengiringi perjalananmu menuntut ilmu Fizik di Jordan nanti! Selamat menjadi Ahli Kaji Falak yang terkemuka pada suatu masa nanti, InsyaAllah!

Friday, April 24, 2009

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

Assalamualaikum,
Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. No. Nama ubat/Kegunaan/ Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma
Nama saintifik babi ialah Porcine.

Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut.. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin. Wallahu'alam

P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611 samb. 223

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Seusai majlis di KISAS, Ummi dan keluarga bergerak ke Pandan Indah, Cheras. Cadangnya nak ambil Kak Yong shoping di Maidin terus ke pesta buku. Tapi, rupanya Kak Yong sedang exam, tak mahulah dia ikut!
Selesai mengambil barang-barang Kak Yong, pergi ke fakulti, beli makanannya, kami terus ke PWTC! Susah jugak nak dapat parking tapi akhirnya dapat juga dengan bayaran RM5.
Amboi mak, geramnya Ummi melihat pelbagai jenis buku! Ummi amat suka membaca buku! Kadang-kadang tertanya juga, mengapa ramai yang tidak suka membaca? Rasa-rasa macam nak beli semuanya! Tapi apakan daya, duit tak banyak!
Belek punya belek, akhirnya Ummi berjumpa dengan buku yang sememangnya Ummi berhajat untuk membelinya! Buku yang baru dilancarkan pada minggu lepas, "Catatan Hati Nik Nur Madihah". Pelajar SPM terbaik Malaysia 2008! Ummi teruja untuk mendapatkan buku itu adalah kerana Ummi ingin mengetahui bagaimana kesusahan seorang itu tidak menghalang untuk dia berjaya dengan cemerlang! Akan Ummi guna buku ini untuk memotivasikan anak-anak murid, anak-anak Ummi khasnya Anas, Aisyah dan Muaz!
Satu lagi buku yang Ummi cari dah jumpa! "Bidadari Dari Timur", memori isteri seorang pejuang, karangan Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat! Baru semalam dilancarkan sendiri oleh Tok Guru! Alhamdulillah, Ummi dapat apa yang Ummi cari! Semoga buku ini akan mendidik jiwa, memberi ilham dan semangat kepada Ummi untuk merebut gelaran isteri yang solehah!
Hampir 3 jam, kami berlegar-legar di Aras 2, 3 dan 4, penat juga tapi puas hati! Sedar tak sedar hampir RM200 termasuk beli kamus, buku ulangkaji Muaz, Ammar punya dan Ayah! Tak apa, sikit pun Ummi tak rasa rugi kerana pada Ummi buku adalah ilmu, ilmu adalah harta yang tidak ternilai harganya! Tak payahlah simpan duit banyak-banyak untuk kumpul harta lain. Harta ilmulah yang akan mengawal minda untuk memilih kebaikan atau keburukan! Untuk kebaikan, syaratnya mestilah membeli buku yang menjurus ke akhirat!
Puas hati Ummi walaupun terpaksa bertolak balik lewat. Kesian juga dekat Ayah, letih bawa kereta. Berhenti di Tapah untuk solat dan akhirnya selamat tiba di Ipoh lebih kurang 10.35 malam!

Thursday, April 23, 2009

TAHNIAH DAN SYABAS, AMMAR!


Tahniah! Ummi baru balik dari KL menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan KISAS 2008 yang diadakan siang tadi (23 April 2009). Hebat dan kagum Ummi dengan anak-anak KISAS yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Hanya seorang 3A, dua orang 4A, 8 orang 5A, 35 orang 6A, 32 orang 7A, 33 orang 8A, 34 orang 9A, 49 orang 10A, 55 orang 11A, 3o orang 11A1 dan 2 orang 12A1 dalam SPM 2008. Dan hanya 10A ke atas sahaja diberi anugerah cemerlang!
Majlis telah disempurnakan oleh adinda kepada Sultan Selangor, Y.A.M Datin Paduka Tengku Puteri Hajah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al Haj.

Yang menariknya, pertama kali anak-anak KISAS naik ke pentas bergaya dengan jubah seperti hendak menerima segulung ijazah di universiti! Amboi..., hamsem dan machonya Ammar! Tahniah dan syabas, anakku!

Sunday, April 12, 2009

" KARANGAN UPSR 2008 THE BEST EVER "




SEKADAR BERHIBUR DAN BERSANTAI...,
SATU KISAH DALAM E-MEL DARIPADA SEORANG KAWAN...!

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!â€.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!†dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.


glitter-graphics.com


Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.




Saturday, April 11, 2009

GILER....., KETAGIH..!

Ngapa ni? Rasa tak sabor nak bukak laptop! Nak serve internet! Jadi teruja sentiasa! Nak tau sangat, apalah kisah ari ni! TKO jadi laman popular! Lebih-lebih lagi masa 3 Pilihanraya Kecil (29 Mac - 7 April) baru-baru ni terutamanya di Bukit Gantang!

Macamanapun, kat tv Ummi berebut juga dengan Muaz nak tengok berita! Kadang-kadang Muaz marah sebab ganggu dia tengok tv! Apa ni...! Hi.., tv nak tengok, internet pun tak sabor-sabor nak serve! Ini dah kes ketagih..! Betul-betul giler! Ketagih internet! Tapi rasa-rasanya bukan Ummi sorang. Ummi tau, ada ramai manusia yang begini termasuk Cikgu Jamai'ah, Mek Na, Cik dan mereka yang senyap-senyap melayan hobi giler nih!

Apa le cerita terbaru ari ni! Inilah persoalan yang sentiasa bergolak di hati. Mengapakah Ummi begini? Muaz pun heran, apa yang Ummi cari kat internet tu?

Bukan apa, sebenarnya Ummi nakkan maklumat yang sahih, nak tahu cerita sebenar. Ummi layari blog-blog yang jujur dan ikhlas membuat laporan! Ummi dahagakan kebenaran! Ummi diberi maklumat yang tidak memberi kepuasan kepada minda rasional Ummi! Jiwa Ummi memberontak! Jadi, caranya cari kebenaran dan fakta di internet! Kat tv, laporannya berat sebelah, tidak jujur, hanya diambil sedutan-sedutan yang memihak!

Selesai pilihanraya, masih juga bukak laptop tak henti-henti! Berita apa pulak lagi? Berita terbaru dan terkini! Tapi kuranglah sikit.. cuma Ummi sibuk pula dengan blog Ummi sendiri! Tambah assesori, buat catatan, cuba sana, cuba sini! Al Maalumlah budak-budak baru belajar, BI pun tak berapa pandai! Layan je lah hobi baru ni .., sementara kerja sekolah tak menimbun, lebih-lebih lagi periksa pun dah selesai!

Seronok juga berblog ni ye..., dapat luahkan rasa hati, dapat simpan maklumat dan yang Ummi harapkan dapat ialah, dijadikan kenangan untuk tatapan masa depan untuk anak cucu lebih-lebih lagi apabila Ummi dah tiada nanti! Apa pun, Ummi amat tabik dengan Ayah yang begitu sabor dengan aktiviti Ummi! Ummi amat menghargainya! Terima kasih Abang, kerana memahami saya!

Saturday, April 4, 2009

MENGAPA MESTI RAGU-RAGU...?

Petang tu, lepas tanya Ammar macamana program hari ini, hati Ummi berdetap! Tersentak betul ! Mana tidaknya, jawapan Ammar amat memeranjatkan!

"Ummi, jangan lagilah berharap anak-anak Ummi yang lain untuk jadi doktor! Bukan senang jadi doktor. Ammar rasa, Ammar tak ndak pergilah esok!"

Alaamak, kenapa ni? Apa dah jadi...? Mengapa sampai begitu sekali fikiran si Ammar ni? Ummi diam. Dalam hati Ummi berfikir, adakah aku terlalu memaksa? Adakah pilihan kerjaya ini telah memberi tekanan kepada dia? Adakah...? Adakah...? Tapi... Ummi rasa, Ummi telah memberi pilihan kepadanya! Ammar sendiri yang memilihnya! Cuma..., sedari awal lagi (selepas Result PMR Ammar) Ummi ada beritahu harapan Ummi.

"Ummi nak Ammar macam Kak Yong! Jadi doktor juga! Sebab..., bidang ini ialah bidang yang mulia selain bidang pendidikan! Bidang ini Ummi rasa sesuai dengan Ammar berbanding bidang lain ( jurutera, arkitek, pengurus, akautan atau sebagainya)"

Sebenarnya bidang ini merupakan fardhu kifayah memandang kurangnya pelajar Melayu terutamanya lelaki! Lagipun bidang ini memberi jaminan pekerjaan di masa depan. Ummi menyatakan harapan ini sebenarnya kerana mahu Ammar terus target dan bergerak awal ke arah sasaran itu! Ummi tidak memaksa! Ummi tidak menekan anak Ummi supaya mengikut kehendak Ummi! Ummi menyatakan harapan itu sekadar cuba menunjukkaan arah tuju pilihan masa depan! Sebenarnya Ummi kata begitu kerana Ummi tahu Ammar boleh! Ammar boleh macam Kak Yong! Dan dah terbukti pun Ammar boleh dalam SPM baru-baru-baru ni! Ammar dapat offer PILN biasiswa JPA lagi! Ammar boleh pilih jadi ustaz atau loyer, tapi dengan kelayakan yang Ammar ada, bukankah ini satu peluang? Satu kelebihan?

Sebenarnya, Ummi tahu banyak yang Ammar tension! Ammar bukan silap pilih kerjaya! Baru dua hari Ammar ikuti Program Pendedahan Kerjaya Doktor (23 Mac -28 Mac 2009), semangat berkobar Ammar mula pudar! Banyak sebabnya...

Pertama, Sedari dalam kereta lagi Ammar dah berdoa, "Mintak-mintaklah ramai budak lelaki Melayu!"

Setibanya di kauter pendaftaran, Ummi boleh kira pelajar Melayu, kurang daripada 20 orang daripada 75 orang, lelaki hanya 5 orang! Mana Ammar tak gelabah! Sudah tentu menimbul rasa berbeza dengan suasana Kisas dan Tahfiz yang Ammar telah tempuhi. Ditambah pula, apabila mendapat kumpulan, Ammarlah satu-satunya pelajar lelaki Melayu terakhir, yang lainnya pelajar perempuan Cina dan India seramai sembilan orang lagi! Lagilah tension, dilantik pula menjadi ketua kumpulan! Nanti kena present le..., kena komunikasi dalam BI le..., dan kena macam-macam lagi..! Inilah ujian namanya, Ammar! Kalau nak jadi doktor, Ammar mesti biasa bertemu pelbagai ragam dan jenis orang. Ammar mesti hadapi realiti mayarakat! Tuhan takdirkan semua ini adalah untuk menyeimbangkan Ammar antara keperluan duniawi dan akhirat! Allah beri Ammar hadapi semuanya ini, supaya Ammar memahami realiti yang perlu ditempuhi! Ammar perlu kuat! Yakinlah dengan kemampuan diri sendiri! Inilah satu cara yang Allah takdirkan bagi memastikan Ammar tidak jumud dalam menjalani kehidupan!

Kedua, Ammar terpaksa mengikut jadual yang padat (9.00 pagi - 5.00 petang) Hari kedua sampai 9.00 malam (konon-kononnya - on call). Ummi tahu Ammar terkejar-kejar masa untuk solat, sedangkan Ammar perlukan masa yang banyak untuk itu! Hari pertama Ammar balik tersangatlah lapar, kerana Ammar tak sempat makan pun! Mengapa tak makan, anakku? Kalau tak makan, mana dapat tenaga. Dah tentu tak bermaya dan kelihatan letih sepanjang hari! Betul, utamakan solat tetapi pastikan sempat untuk makan!

Ketiga, Ammar terkejut dengan pendedahan yang diberikan..., terlalu luas rupanya! Susah betul kerja doktor ni! Belajar pun susah! Mesti terer betul-betul Biologi! Ammar kata, Ammar bukan pandai sangat Biologi. Ammar fikir, ilmu Biologi ini terlalu besar dan luas untuk Ammar cakupi! Ammar rasa Ammar tak mampu nak belajar sebanyak itu! Ammar...., Ammar belum lagi belajar, Ammar baru lihat sahaja, semua orang sama! Siapakah yang pergi pendedahan itu lebih terer daripada Ammar? Paling tinggi mereka hanya 10A1! Mereka pun lebih kurang sama dengan pengetahuan yang Ammar miliki. Apa nak dirisaukan? Belajar nanti, bukan terus mesti tahu semua, mestilah peringkat demi peringkat! Tanyalah bagaimana Kak Yong belajar! Sekurang-kurangnya Ammar dah dapat satu gambaran kerjaya sebagai seorang doktor. Pengalaman ini amat berharga sebenarnya bagi seorang pelajar macam Ammar! Mana kerja yang tidak susah belajar? Jurutera? Arkitek? Akauntan, mahupun guru, mesti kena belajar banyak dulu!

Keempat, Mungkin salah Ummi, Ammar dan Muaz sakit perut sebab makan nasi goreng yang Ummi buat! Pedas sangat kot atau mungkin nasi dah tercemar! Kedua-dua asyik berulang ke bilik air! Ummi pun naik risau. Ummi beli 100Plus, Muaz minum. Cadang nak bawa klinik, tapi nampak beransur okey. Ammar yang paling Ummi risau. Kesian anakku, Udahlah tension dengan jadual, terpaksa berulang ke bilik air dengan perut yang kosong tak berisi! Tabah dan sabarlah. Ummi simpati dan sentiasa berdoa agar Ammar selesa dan selamat!
Inilah antara sebab-sebab yang terlalu menekan Ammar! Bagi mengurangkan tekanan itu, spontan keluar dari mulut Ummi, "Abih.., Ammar nak Muaz jadi apa? Okeylah..., biar muaz jadi ulamak, InsyaAllah!"
"Ammar yang nak jadi ulamak, Muaz jadi doktor!"
"Pulak!"

Ammar, sebenarnya memang Ummi nak semua anak lelaki Ummi jadi ulamak, tapi ulamak yang profesional! Ulamak yang tinggi ilmunya! Ulamak yang sempurna dan lengkap ilmu dunia akhiratnya! Ummi amat meletakkan kesempurnaan ilmu itu adalah gandingan ilmu dunia dan akhirat! Lihat dan contohilah Kak Yong di USIM! Walaupun dia belajar doktor, tapi Bahasa Arab dan Syari'ah tetap dipelajari! Tambah hafaz surah lagi! Malah harapan Ummi, kalau Ammar dapat peluang belajar doktor di Timur Tengah, sudah tentulah BA Ammar mantap! Ammar boleh pula teruskan tahfiz Ammar! Di samping itu, Ammar boleh tambahkan ilmu agama Ammar dengan pengalaman berada di bumi para ambia. Malah kalau Ammar rasa kurang, Ammar boleh sambung lagi selepas jadi doktor nanti! Ummi tahu Ammar hebat! Ammar bakal jadi doktor yang hebat! Di dunia kita hebat, di akhirat juga kita hebat dengan kasih sayang dan rahmat Allah! Ummi amat yakin, doa Ummi semasa di Mekah mahukan anak lengkap dengan ilmu dunia dan akhirat pasti direstuiNya, kerana Ummi ikhlas untuk membawa anak-anak ke alam yang kekal abadi kelak!

Memang inilah cita-cita dan impian Ummi untuk anak-anak! Sedari awal lagi Ummi dan Ayah telah meletakkan kewajiban besar kami memberi ilmu agama kepada anak-anak! Biar orang lain menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang hebat (MRSM maupun SBP)! Pada peringkat awalnya, Ummi tetap hantar anak Ummi hanya ke SMKA sahaja kerana Ummi dan Ayah percaya, kalau kita ikhlas mahu anak berjaya menjurus ke akhirat, InsyaAllah Allah pasti beri. Dengan bersekolah agama, sekurang-kurangnya anak Ummi mendapat asas BA dan ada fikrah agama. Sekurang-kurang boleh baca Al-Qur'an dan faham maksudnya! Lebih-lebih lagi anak lelaki. Lelaki akan pimpin keluarga, masyarakat maupun negara.

Tapi Ummi sedar, Ummi hanya boleh berangan-angan dan bercita-cita sedemikian, realitinya tetap bergantung dengan usaha dan pilihan masa depan anak-anak Ummi. Walau setinggi manapun impian Ummi, jika anak-anak tidak belajar dan berusaha sungguh-sungguh, manakan boleh tercapai! Alhamdulillah, dua anak Ummi sudah buktikan, malahan lebih cemerlang daripada orang lain yang hebat-hebat dulunya! Ammar dah dapat peluang! Begitu juga Kak Yong! Mengapa perlu dibiarkan peluang itu? Kak Yong dan Ammar telah mendahului peluang itu! Ummi memang mengharap adik-adik (Anas, Aisyah dan Muaz), tapi belum tentu dan pasti lagi kerana semuanya bergantung dengan usaha serta kesungguhan mereka!

Rebut dan raihlah peluang ini! Ammar pilihlah yang terbaik sesuai dengan minat dan cita-cita Ammar! Ummi tahu, sebenarnya inilah pilihan Ammar yang tepat tetapi Ammar takut, risau dan bimbang dengan kemampuan Ammar. Yakinlah anakku, bahawa kamu mampu hadapinya!

Alhamdulillah, akhirnya selesai pun lima hari Ammar ikuti program pendedahan tu. Ammar dapat pula temuduga pada 1 April! Ammar layak daripada 15,084 pelajar cemerlang yang memohon! Ini satu peluang walaupun Ammar terpaksa hadapi satu lagi dugaan! Ummi tak mahu ulas bab dugaan temuduga ini kerana Ammar sendiri dah posting di blog Ammar! Tapi, adakah dengan dugaan ini, Ammar masih lagi ragu-ragu? Apa pun Ummi berharap Ammar tidak ragu-ragu lagi dan sentiasa berdoa agar Ammar berjaya dalam temuduga yang memerlukan hanya 2000 orang sahaja daripada 8,363 yang dipanggil! Ummi sebenarnya pasti, Ammar sudah lama yakin dengan pilihan Ammar kerana Ammar telah jadikan Kak Yong sebagai penggerak setiap kejayaan Ammar! Ammar juga amat mengharapkan kejayaan dalam temuduga itu! Mudah-mudahan Allah makbulkan doa Ammar, Ummi, Ayah, kedua-dua Atok dan Opah yang terlalu bangga dengan pencapaian cucu-cucunya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...