Posts

Abu Anas Madani: Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk

Abu Anas Madani: Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk : Ramai yang heboh mengenai isu isyarat atau tunjuk dengan ibu jari atau Jari Telunjuk, cerita ini telah disebarkan dalam laman sosial (FB...

Nasihat Kubur

Lepas baca silakan share.. 1.  Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 2.  Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. 3.  Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN. 4.  Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 5.  Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 6.   Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 7.  Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" Kirim mesej ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada satu orang...  karena,  saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja... tapi  ...

TERIMA KASIH, YA ALLAH!

Image
Terima kasih Ya   Allah, untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih ya     Allah, kerana dengan izinMu  aku masih  lagi menghirup udara yang segar ini.  Terima kasih  untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan,Ya Allah. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan... Terima kasih untuk iman dan ilmu yang Engkau anugerahkan ini. Terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan padaku, Ya Allah. AlhamdulilLah, cukupku syukuri Ya Allah! Terima kasih  atas segala-galanya. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Engkau tetap memberi walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu padaku...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbua...

SENTIASALAH ARLERT...!

Image
PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BNYAK YNG BOLEH.... http://www.facebook.com/SerambiPolitik Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani. Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store. Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini! Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal. Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah. Jangan abaikan...sila share Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah saw info #AMBANG13 [ANAK MUDA BANGKIT]  — 

Semoga Kami Sampai Lagi...!

Image
Syukur, Alhamdulillah kerna Allah beriku dan suami peluang kedua ini...!  Tak sangka pula baru lapan tahun dah dapat tawaran ini. Begitu ramai orang lain yang memohon, menanti dan mengharap, namaku dan suami pulak terpilih.  Terima kasih ya Allah!!!  Ramai orang terkejut dan hairan termasuk Emak dan Abah juga adik-adik terutama adikku yang kedua, Mazlan!  Hampir tiga tahun dia memohon, menunggu dan merayu untuk pergi tapi masih lagi belum dapat!  Dia cadangkan nama kami ini diberikan kepadanya supaya dia dan isteri boleh menunaikan rukun Islam yang kelima ini.  Kami bersetuju, tapi... apabila dirujuk kepada pihak Tabung Haji, sememangnya tidak ada dan boleh dibuat penggantian nama!  Maka terpaksalah dia bersabar...  Mudah-mudahan ada rezkinya nanti!   Allah Maha Mengetahui!  Allah Maha Berkuasa!  Allah Maha Merancang!  Setiap perancanganNya  pasti ada hikmah di sebaliknya...!  Semoga Allah memberi kekuat...

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Image
Alhamdulillah..., syukur kepada Allah kerana masih beriku ruang dan peluang! Hampir separuh abad Allah beriku bernafas, menghirup udara nyaman di mayapada penuh berliku...! Penuh ujian, penuh pancaroba tapi penuh kasih sayang...! KASIH SAYANG Allah RabbulJalil...! Banyak salah, banyak silap, banyak lalai, banyak alpa dan terlalu banyak yang lupa...!!! Lupa pada diri, lupa pada tanggungjawab, lupa pada rahmat dan nikmat, tapi KASIH SAYANG Allah tetap mengiringi...! Pasrahku..., rinduku..., insafku..., tenggelam dalam KASIH SAYANG Allah yang melimpah ruah ...!!! Tuhanku...!!! Engkau amat PENGASIH, Engkau amat PENYAYANG! Meskipun banyak dosa hambaMu ini..., Kau masih lagi memandangku..., Kau masih beriku masa..., Kau masih redhakan rezkiMu..., Kau masih benarkan kupinjam peralatanMu...! Kau masih beriku kesihatan disaat ini..., Kau masih beriku bahagia bersama keluarga...! Kau curahkan segala nikmat untukku gapai..., Kau hamparkan kehidupan ini untukku lewati, sudah hampir separuh abad ya...

Titipan Rindu Meruntun Hati

Image
Tersentuhnya hati..., teramat sangat..., apabila baru terjumpa dan membaca satu catatan seorang anak atas dinding facebook ayahnya yang sudah lama meninggal kembali ke alam barzakh. Majdi Nadwan anak sulung kepada sahabatku Shaharani Shaharom. Betapa sayu membaca ayat-ayat yang ditulis...!!! Walaupun ayahnya sudah tiada lagi di dunia ini, tapi tarikh lahirnya tetap diingati...! Betapa luruhnya hati apabila mengenangkan hadiah yang diberi...! Betapa inilah gambaran kerinduan seorang anak terhadap ayahnya...! Betapa tabahnya hati anak ini menanggung kerinduan itu...! Betapa bahagianya ibu bapa sianak ini...! Semoga arwah ayahnya ditempatkan dalam golongan para solehin..., ameen..... " Selamat hari lahir, abah! =) ( Jazmi Zuhri ) Semoga abah bahagia di sana. Dan abang tahu abah memang lebih bahagia di sana. Abang sayang abah. Abang hanya mampu memberi hadiah quran yang abang baca. Walaupun abang bukanlah anak yang soleh, semoga abah terima hadiah abang di sana ya. Semoga hadi...