Posts

Ummul Mukminin Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid

SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar. Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab. Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad. Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami k...

Rahsia Solat Dalam Sains

Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your t...

Mujahidah Islam... Iman Semerbak Kasturi

Susuri sejarah keagungan serikandi-serikandi Islam... Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi. Bonda kepada Habil dan Qabil, serta Nabi Allah Shith a.s. ini berkorban segalanya demi perjuangan suaminya Adam a.s. Sayyidah Hawwa’ menyaksikan kisah sedih pengorbanan anaknya sendiri Habil yang mati dibunuh oleh saudara sendiri. Naluri keibuannya tidak dapat mengatasi keteguhan imannya kepada Allah swt walau pun anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri. Warisan keimanan ini diturunkan pula kepada wanita tukang sisir rambut anak Fir’aun, Mashitah. Seluruh keluarganya terkorban syahid di hadapan mata sendiri dan bayi di dalam dakapannya dikurniakan Allah keistimewaan bertutur. Ketenangan hati Mashitah melihat bayinya dicampakkan ke dalam kawah berisi minyak panas tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibu pun. Harum jenazahnya lantaran tempias imannya yang ke...

Rabiah Al Adawiyah, Perjuangkan Islam Dengan Mulut Setajam Pisau | Portal Berita Dunia Islam & Indonesia Terbaru & Terk

Rabiah Al Adawiyah, Perjuangkan Islam Dengan Mulut Setajam Pisau Portal Berita Dunia Islam & Indonesia Terbaru & Terk

Laman Sosial Peribadi...???

“Siapa bernama Najwa dalam kelas ini?” Mataku melirik ke arah wajah-wajah murid 4 Inovatif meminta kepastian. Kulewati pandangan mereka dari pintu masuk kelas. “Saya. Cikgu”. Kutenung wajah murid yang menyahut. Tampak ceria dan cergas murid itu. “Sahlah..., ini budaknya!”, bisik hatiku. “Oo... kamu..., mari ke mari!” “Kenapa Cikgu?” Kelihatan murid ini kerisauan, menyoalku kembali. “Kamukah yang add dengan facebook Cikgu?” “Ya, sayalah..., Cikgu!” Bangganya dia kerana disangka punyai kelebihan. “Bagus, dah pandai guna internet. Tapi, jangan leka sampai tidak siap kerja sekolah...! Satu lagi, guna internet untuk kebaikan, jangan disalahgunakan”. Aku memberi pengukuhan sebelum memulakan teguran yang bakalku luahkan. “Kamu faham maksud saya?” Aku cuba mengujinya mencari fokus perbicaraan. Dia menggelengkan kepala, tanda tidak faham. Betullah..., dia baru darjah empat, baru sepuluh tahun, lebih baik aku berterus terang sahaja dengannya...! “Bukankah kamu yang menulis ayat ....................

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam