Selamat datang dan salam sejahtera...!
Semoga aura haruman kasturi dari Raudah Firdausi sentiasa bersama kita...

Friday, June 22, 2012

Semoga Kami Sampai Lagi...!





Syukur, Alhamdulillah kerna Allah beriku dan suami peluang kedua ini...!  Tak sangka pula baru lapan tahun dah dapat tawaran ini. Begitu ramai orang lain yang memohon, menanti dan mengharap, namaku dan suami pulak terpilih.  Terima kasih ya Allah!!!  Ramai orang terkejut dan hairan termasuk Emak dan Abah juga adik-adik terutama adikku yang kedua, Mazlan!  Hampir tiga tahun dia memohon, menunggu dan merayu untuk pergi tapi masih lagi belum dapat!  Dia cadangkan nama kami ini diberikan kepadanya supaya dia dan isteri boleh menunaikan rukun Islam yang kelima ini.  Kami bersetuju, tapi... apabila dirujuk kepada pihak Tabung Haji, sememangnya tidak ada dan boleh dibuat penggantian nama!  Maka terpaksalah dia bersabar...  Mudah-mudahan ada rezkinya nanti!  

Allah Maha Mengetahui!  Allah Maha Berkuasa!  Allah Maha Merancang!  Setiap perancanganNya  pasti ada hikmah di sebaliknya...!  Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku dan suami untuk sampai jua ke Tanah Haram yang dirindui ini.  Semoga umurku panjang dan akan tiba masanya aku dan suami menyahut panggilanMu yang kedua ini!   Semoga Allah sentiasa memberkati dan meredhai hambaNya yang banyak dosa ini!    Ya Tuhan,  semoga semuanya dipermudahkan!   Amin... Amin... Amin... Ya Robbal a'lamin...!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...