Titipan Rindu Meruntun Hati
Tersentuhnya hati..., teramat sangat..., apabila baru terjumpa dan membaca satu catatan seorang anak atas dinding facebook ayahnya yang sudah lama meninggal kembali ke alam barzakh. Majdi Nadwan anak sulung kepada sahabatku Shaharani Shaharom. Betapa sayu membaca ayat-ayat yang ditulis...!!! Walaupun ayahnya sudah tiada lagi di dunia ini, tapi tarikh lahirnya tetap diingati...! Betapa luruhnya hati apabila mengenangkan hadiah yang diberi...! Betapa inilah gambaran kerinduan seorang anak terhadap ayahnya...! Betapa tabahnya hati anak ini menanggung kerinduan itu...! Betapa bahagianya ibu bapa sianak ini...! Semoga arwah ayahnya ditempatkan dalam golongan para solehin..., ameen.....
" Selamat hari lahir, abah! =) (Jazmi Zuhri) Semoga abah bahagia di sana. Dan abang tahu abah memang lebih bahagia di sana. Abang sayang abah. Abang hanya mampu memberi hadiah quran yang abang baca. Walaupun abang bukanlah anak yang soleh, semoga abah terima hadiah abang di sana ya. Semoga hadiah abang sampai kepada abah sentiasa. Semoga Allah terima. InsyaAllah... " Majdi Nadwan
Dengan terjumpanya status ini menyebabkan aku berminat untuk membaca banyak lagi coretannya. Kubuka blognya, dan..., terjumpa lagi satu kisah sedih (http://ilasyahid.blogspot.com/2011/03/surat-jausyan.html) yang memberi gambaran ketabahan hati sianak menerima realiti ayahnya sudah tiada...! Dan banyak lagi sebenarnya untuk dibaca kisah-kisah ketabahan ahli keluarganya menerima takdir Illahi...! Semoga kisah-kisah ketabahan dan kecekalan mereka ini menjadi tazkirah dan motivasi kepada semua orang yang membaca post ini terutamanya kepada anak-anakku...! Bersyukur dan hargai orang yang kamu sayang semasa hayatnya kerana..., kerinduan itu amat perit ditanggung jika tiada kekuatan jiwa dari iman yang luhur...!
Kepada sahabatku Shaharani Shaharom dan keluarganya, bersabar dan pasrah dengan ujian yang besar ini! Allah takdirkannya kerana Allah tahu enti mampu mengharunginya...! Allah pilih enti bagi memastikan surga itu menjadi adalah milikmu...! Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan lahir dan batin kepada enti dan keluarga...!
Comments