Selamat datang dan salam sejahtera...!
Semoga aura haruman kasturi dari Raudah Firdausi sentiasa bersama kita...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

"Selamat Hari guru 2009" kepada semua guru-guru saya yang telah mendidik dan membimbing saya menjadi murid, pelajar, pelatih, guru, isteri, ibu dan manusia yang mengenal kepentingan dan ketinggian ilmu dunia dan akhirat! Semoga cikgu-cikgu semua dirahmati Allah S.W.T..!


Terima kasih kepada semua murid-murid yang memberi cenderahati tanda penghargaan. Pelbagai cenderahati yang Cikgu terima termasuk bunga, mug, pewangi, alatan tulis, bingkai gambar, jam, pelbagai assesori dan tidak sangka pulak Cikgu ada yang beri seterika(Hajar Haziqah 4T) Terima kasih! Sebenarnya, cenderahati yang paling berharga kepada Cikgu ialah kefahaman, kepandaian dan kejayaan cemerlang kamu semua! Inilah kepuasan kerjaya seorang guru! Doa dan harapan Cikgu sentiasa mengiringi kalian!


Ada beberapa bait-bait kata dalam surat dan kad-kad ucapan yang diberi amat memikat hati Cikgu!

"Untuk berhasil dalam apapun, kita harus mempunyai guru. Justeru, mahu berjaya dalam hal keduniaan dan akhirat, kita mesti mempunyai guru, guru yang mursyid!"

"Cikgu, dalam ajarmu ada harapan, dalam tegurmu ada doa, dalam marahmu ada sayang, dalam tawamu ada mesra dan dalam diammu ada bijaksana. Berbahagialah menjadi guru!" - Nor Isza Johari(4T) dan Nurul Izzah Jamaluddin(4D)

Cikgu tahu, kata-kata itu sebenarnya luahan ikhlas murid-murid serta ibu dan bapa kalian. Cikgu amat menghargainya!


Skrip dari e-mel di bawah, sekadar hiburan buat guru-guru semua...!

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu
: Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak tidak doakan saya selamat ke?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat orang! Sebut selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Selamat sejahtera, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan jawapan, bodoh!
Murid : Ini ialah pertanyaan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata jawab UMNO salah!
Murid : Kami dengar soal KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Siapakah yang salah atau silap, guru atau murid? Adakah salah ajaran guru atau silap pemahaman murid? Hanya akal fikir yang menentukannya...!

1 comment:

HLiza said...

Hai, cikgu. Saya Nazura. Blog cikgu BEST lah!!! Lagu yang cikgu pasang kat blog cikgu pun SEDAP lah!!! Cikgu, cikgu janganlah buka blog mak saya ya. Ni sebenarnya saya pakai akaun blog mak saya. Tapi, kalau cikgu nak tengok blog mak saya boleh la. Cuma..... blog mak saya dalam bahasa Inggeris. Saya takut cikgu tak faham. Tu je. Cikgu tulis lah cerita baru lagi. Sebab saya nak komen. Best ke cikgu mengajar sekolah lain? Saya rindu cikgu sangat. Cikgu dah dapat email saya? Saya kena pergi. Saya harap cikgu balas. Bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...