Posts

Showing posts from June, 2009

Secebis Kenangan Bersama Amirul Haikal

"Ummi, ada tak anak murid Ummi tahun lepas bernama Haikal?" tanya Anas tatkala aku duduk keletihan , baru pulang dari kuliah! "Haikal? Ramai murid Ummi yang bernama Haikal." Kotak fikiranku mula bekerja mencari nama-nama murid tahun lepas. "Amirul Haikal bin Ahmad Badri, Ya... Ya... Murid Ummi Enam Mawar tahun lepas!" Terus aku terbayangkan wajahnya yang sedikit tembam. Aku biasa memanggilnya dengan Amirul sahaja. Aku rasa, dialah yang paling dicemburi oleh rakan-rakannya termasuk anakku sendiri, Aisyah. Menurut mereka, Amirul Haikal murid Tahun 6 Mawar kesayangan Cikgu Masitah! Ah... tak kisahlah apapun tanggapan mereka, sedangkan bukan begitu sikap dan niatku terhadap semua murid-murid. Yang pasti, sebagai guru aku laksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab! Mengimbau kenangan meniti hari bersama murid bernama Amirul Haikal, aku begitu tegar dengan dialog yang menjadi permulaan memori yang tidak akan luput dari ingatanku! Teringat kata-katanya,"Ci