Posts

Showing posts from May, 2010

Laman Sosial Peribadi...???

“Siapa bernama Najwa dalam kelas ini?” Mataku melirik ke arah wajah-wajah murid 4 Inovatif meminta kepastian. Kulewati pandangan mereka dari pintu masuk kelas. “Saya. Cikgu”. Kutenung wajah murid yang menyahut. Tampak ceria dan cergas murid itu. “Sahlah..., ini budaknya!”, bisik hatiku. “Oo... kamu..., mari ke mari!” “Kenapa Cikgu?” Kelihatan murid ini kerisauan, menyoalku kembali. “Kamukah yang add dengan facebook Cikgu?” “Ya, sayalah..., Cikgu!” Bangganya dia kerana disangka punyai kelebihan. “Bagus, dah pandai guna internet. Tapi, jangan leka sampai tidak siap kerja sekolah...! Satu lagi, guna internet untuk kebaikan, jangan disalahgunakan”. Aku memberi pengukuhan sebelum memulakan teguran yang bakalku luahkan. “Kamu faham maksud saya?” Aku cuba mengujinya mencari fokus perbicaraan. Dia menggelengkan kepala, tanda tidak faham. Betullah..., dia baru darjah empat, baru sepuluh tahun, lebih baik aku berterus terang sahaja dengannya...! “Bukankah kamu yang menulis ayat .................