Posts

Showing posts from July, 2009

Terima Kasih Atas Ingatan!

Hari ini cikgu buka dan baca e-mel. Rasa terharu atas ingatan murid-murid cikgu! Terima kasih atas ingatan kamu semua. Cikgu minta maaf kerana tidak membalasnya! Cikgu ingin balas tapi, cikgu tak mampu...! Tak perlulah cikgu ceritakan sebabnya, cukuplah sekadar cikgu katakan cikgu amat sayang dan rindukan kalian semua. Semoga kalian bahagia dan sentiasa berjaya! Antara e-mel yang menyentuh hati, "Assalamualaikum, cikgu.Saya anak murid cikgu kelas 4 Teratai. Nama saya Nazura Syafiqah binti Roshidi. Saya amat sedih kerana cikgu tidak akan mengajar kami lagi. Kepada saya, cikgu Masitah je yang hebat dari guru-guru yang lain. Cikgu baik hati dan cikgu selalu buat kami semua gelak. Lagi satu, CIKGU MASITAH AHMAD IS THE BEST BETWEEN THE OTHER TEACHERS!!! MEMANG CIKGU MASITAH 100% BEST OF THE BEST!!! Walaupun cikgu dah tak dapat jumpa kami, kami masih boleh ada contact dengan cikgu. Cikgu, terima kasih kerana mendidik kami dengan baik. Agar kami akan jadi orang yang berguna terhadap oran

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary : Pesanan Ibu Bawa Berkat

Oleh HELMI MOHD FOAD PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah. ‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan. ‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain. ‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutam

Sejarah Yang Berlalu Menitip Hari-hari Terakhir di SKJ

12 Mei 2009 PK1 mengucapkan tahniah ketika sibuk menguruskan murid Tahun 4 dalam Program Teknik Menjawab Soalan. Terkejut apbila diberitahu PPD telefon GB, nama naik sebagai PK! Betul ke? Macam tak percaya... Senyap, terkedu...! Semasa terima cenderahati, GB pulak ucap tahniah..., Hi macam ye je! Betul ke? Lepas tu, dalam Mesyuarat Asrama, GB umum jugak..., rasa malu pulak, mana hitam putihnya? GB kata, surat akan diberi kemudian. Tarikh lapor diri 16 Mei tapi PK1 kata 16 Jun, mana satu ni? Apa pun, perasaan mula berbelah bagi, antara suka dan duka! Suka, mungkin ini satu pengiktirafan dan satu peluang yang lebih baik! Duka, apabila teringatkan anak murid, kawan-kawan dan sekolah yang sudah 17 tahun mencurahkan bakti di dadanya! Sayangnya hati terhadap karenah anak-anak SKJ dan keakraban kawan-kawan, menjadikan hati sedih! Teringat pula tentang kepakaran yang telah diperolehi sebagai guru BM, tentulah akan hilaang dengan sendirinya kerana mungkin tak akan mengajar lagi mata pel